fbpx
  • +6013-4871332

Physiogo

  • admin@physiogo.com.my

Email Pertanyaan Anda

sakit belakang

PMCARE: Punca dan Cara Rawatan Sakit Belakang di Tempat Kerja

Bagi mereka yang bekerja di pejabat dan sentiasa menghabiskan masa di hadapan komputer, anda boleh mendapatkan servis daripada Physiogo kerana kami telah mendapat kepercayaan sebagai panel PMCare.

Tahukah anda, 90% dari pekerja pejabat akan mengalami sakit belakang sekurang-kurangnya sekali seumur hidup?

70% daripadanya tidak mendapatkan rawatan dan berisiko untuk mengalami sakit belakang yang kronik seperti ‘slip disc’.  

Pesakit akan mengadu rasa sakit dan tidak selesa semasa bekerja. Bukan itu sahaja, ia mengganggu fokus dan produktiviti kerja.

Dalam artikel ini, anda akan mengetahui lebih lanjut mengenai sakit belakang di tempat kerja serta serta rawatan yang perlu diambil.

Punca Sakit Belakang di Pejabat

Terdapat beberapa sebab yang menyebabkan berlakunya sakit ini di pejabat. Antaranya seperti:

1. Postur Badan yang Salah

sakit belakang di pejabat

Kedudukan duduk pada kerusi perlu diambil perhatian kerana ianya punca utama sakit belakang. 

Apabila duduk dalam posisi yang salah seperti belakang tidak tegak, terlalu menunduk kepala, ia boleh menyebabkan sakit dan rasa tidak selesa di bahagian belakang. 

Cara yang betul ialah tulang belakang perlu disokong dengan betul iaitu duduk secara tegak 90 darjah.

2. Mengangkat Barat Berat

angkat barang berat

Cara mengangkat barang yang berat juga boleh menjadi punca sakit belakang di tempat kerja, lalu memberikan tekanan pada bahagian belakang.

Cara yang betul ialah dengan mencangkuk kemudian bengkokkan lutut terlebih dahulu sebelum mengangkat barang.

3. Kerap Membongkok

sakit belakang kerana membongkok

Simptom ini sering terjadi samada duduk terlalu lama di depan komputer.

Apabila posisi badan membongkok, ia memberikan tekanan pada bahagian belakang dan bahu. Kemudian, ia boleh menyebabkan otot kejang.

4. Stres 

stres kerja di pejabat

Masalah stres juga boleh mempengaruhi sakit belakang. 

Ia terjadi apabila stres membuatkan otot-otot tertentu seperti di bahu dan tulang kelakang menjadi ketat. Ia menyebabkan seseorang itu mengalamii sakit yang dikenali sebagai Tension Myositis Syndrome.

5. Trauma atau Jatuh

terjatuh

Kemalangan seperti jatuh atau trauma di bahagian belakang boleh menyebabkan kecederaan pada tulang belakang. 

Meskipun kecederaan lama yang sudah dirawat, ia masih boleh menyebabkan sakit terutama ketika duduk bekerja.

Tips Untuk Mengurangkan Sakit Belakang

Memang perit menanggung sakit selepas seharian bekerja di pejabat, bagaimana nak kurangkan masalah ini? Mari cuba tips berikut:

Menjaga Postur Badan

Elakkan dari membongkok semasa anda bekerja. Jika anda terpaksa duduk untuk masa yang lama, biasakan diri untuk duduk bersandar dengan tegak.

Anda juga boleh meletakkan bantal lembut di belakang badan. Ia berfungsi sebagai sokongan pada tulang belakang dan punggung.

Bersenam dan Membuat Regangan

Image result for yoga bend forward"

Senaman dan regangan boleh membantu melegakan ketegangan dan tekanan pada tubuh badan. Anda boleh membuat senaman yang melibatkan bahagian belakang badan.

Seorang ahli psikoterapi dari Kanada, Tim Sitt, mencadangkan satu teknik regangan bagi mengurangkan sakit belakang di tempat kerja. Mungkin anda boleh cuba cara-cara berikut:

  • Bangun dari tempat duduk dan ambil tiga ke empat langkah jauh dari meja
  • Bengkokkan badan ke arah meja sebanyak 90 darjah
  • Letakkan kedua-dua tapak tangan di atas meja dan pandang ke lantai
  • Kekalkan posisi ini selama 20 saat

Berjalan-jalan Sebentar

Apabila badan mula terasa lenguh, anda digalakkan untuk bangun dari tempat duduk dan berjalan-jalan sebentar. 

Berjalan di sekeliling pejabat selama seminit dua sudah cukup untuk mengubah postur badan dan menjana pengaliran darah.

Rawatan Sakit Belakang di Tempat Kerja

rawatan sakit belakang korporat physiogo

Rawatan fisioterapi adalah berkesan untuk meredakan sakit pada belakang. 

Untuk mendapatkan rawatan fisioterapi di hospital, kebiasaannya pekerja harus mengambil cuti. Ini akan mengurangkan produktiviti pekerja dan juga syarikat.

Kini dengan kaedah in-house physiotherapy, ia dapat meningkatkan produktiviti syarikat, mengurangkan kekerapan cuti sakit serta memudahkan pekerja untuk mendapatkan rawatan tanpa perlu keluar pejabat.

Khidmat Fisioterapi Korporat Physiogo

Physiogo bersedia untuk memberikan sesi rawatan dan perkongsian ilmu penjagaan kesihatan kepada pekerja syarikat anda.

Dengan perkhidmatan ini, ia bukan sahaja dapat meredakan apa-apa komplikasi yang dialami malah dapat memaksimakan potensi pekerja syarikat anda.

Physiogo juga mendapat kepercayaan sebagai panel PMCare, sebuah organisasi pengurusan penjagaan kesihatan yang utama di Malaysia.

Klik Sini Untuk Book Rawatan Dengan Physiogo

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *