Bagi mereka yang bersukan, kecederaan semasa bersukan merupakan sesuatu perkara yang biasa berlaku.
Walaupun sudah biasa menghadapnya, ramai yang tidak mengetahui cara merawat kecederaan tersebut dengan betul.
Yang lebih merisaukan adalah apabila percubaan merawat menjadikan kecederaan tersebut lagi parah.
Oleh itu, pentingnya ketahui cara rawatan kecederaan semasa bersukan yang betul dan selamat.
Jangan risau, kami akan kongsikan jenis kecederaan bersukan dan bagaimana anda boleh merawatnya dengan betul dan selamat.
Jenis-jenis Kecederaan Semasa Bersukan
Pelbagai kecederaan yang boleh berlaku semasa bersukan mengikut jenis sukan yang anda lakukan.
Antara yang biasa berlaku adalah hentakan, terkehel atau tergeliat, ketegangan, terseliuh, luka dan patah tulang.
Kebiasaannya, ramai yang keliru antara terseliuh dan ketegangan.
Terseliuh berlaku apabila ligamen menjadi tegang manakala ketegangan pula merujuk di otot.
Selain itu, terdapat juga kecederaan yang jarang tetapi boleh berlaku semasa bersukan.
Contohnya adalah konkusi (concussion) pada otak akibat hantukkan, kapsul sendi terkoyak dan kecederaan pada abdomen.
Tanda dan Gejala Kecederaan Semasa Bersukan
Kecederaan semasa bersukan biasanya mudah dikesan kerana adanya rasa sakit, lebam atau bengkak pada kawasan kecederaan.
Jika terseliuh atau patah, kecacatan pada struktur boleh dilihat di tempat kecederaan.
Kadangkala kecederaan bersukan boleh membuatkan sesuatu bahagian itu tidak berfungsi seperti biasa.
Kes kecederaan sukan yang melibatkan otak pula boleh menyebabkan sakit kepala, pening, loya atau muntah.
Jika anda tercedera semasa bersukan, ia akan menyebabkan mungkin lebih daripada satu tanda dan gejala yang muncul.
Cara Merawat Kecederaan Bersukan yang Betul dan Selamat
Apabila berlaku kecederaan semasa bersukan, terdapat beberapa perkara yang anda boleh lakukan.
Terapi PRICE
Teknik terapi PRICE ini sesuai dilakukan apabila berlaku kecederaan ringan seperti terseliuh atau ketegangan.
Kecederaan ringan boleh dirawat sendiri di rumah menggunakan teknik ini selama 2-3 hari.
PRICE merupakan akronim kepada:
P = protection.
Lindungi kawasan tercedera.
Kawasan yang tercedera perlu dilindungi daripada perkara yang mungkin boleh menyebabkan kecederaan yang lebih parah.
Anda boleh lakukan ini dengan memakai splint atau bandage.
R = rest.
Rehat dari bersukan dan rehatkan tempat yang tercedera.
Hentikan pergerakan di kawasan tercedera buat sementara waktu. Ia bertujuan untuk mengelakkan rasa sakit dan kecederaan lebih teruk.
Gunakan tongkat untuk berjalan jika kecederaan berlaku di kawasan buku lali atau lutut.
Jika tercedera di bahagian bahu atau lengan, pastikan anda menggunakan anduh untuk elakkan terlalu banyak pergerakan.
I = ice.
Letakkan pek ais pada tempat tercedera selama 15-20 minit pada setiap 2-3 jam.
Ais boleh menyebabkan pengecutan salur darah dan mengehadkan pendarahan dan proses membengkak.
Selain itu, ais juga membantu untuk mengurangkan kesakitan serta mengelakkan berlakunya keradangan.
Elakkan daripada meletakkan ais secara langsung ke kulit. Ini adalah untuk mengelakkan kecederaan kulit yang disebabkan sejuk ais.
C = compression.
Berikan sedikit tekanan pada kawasan cedera.
Balutkan tempat tercedera dengan pembalut atau bandage bagi mengurangkan bengkak dan sakit.
Namun, jangan balut terlalu ketat. Perbuatan ini akan menyekat pendarahan dan boleh menyebabkan kecederaan yang lebih parah.
E = elevation.
Pastikan bahagian yang tercedera berada pada aras yang lebih tinggi daripada paras jantung.
Hal ini adalah bagi mengurangkan aliran darah supaya bengkak akan surut dengan lebih cepat.
Dinasihatkan untuk melakukan elevation sekerap yang boleh.
Imobilisasi
Imobilisasi atau kurangkan pergerakan merupakan satu teknik yang boleh merendahkan risiko komplikasi daripada berlaku.
Teknik ini juga boleh mengurangkan kesakitan, pembengkakan otot dan kekejangan otot.
Terdapat pelbagai alat imobilisasi yang anda boleh dapatkan di farmasi seperti anduh dan splints.
Namun bagi kes terseliuh, tidak semestinya anda perlu lakukan imobilisasi untuk jangka masa yang panjang.
Cukup memadai sehingga anda boleh menggerakkan kawasan tercedera tanpa merasakan kesakitan yang melampau.
Fisioterapi
Fisioterapi merupakan rawatan di mana teknik seperti urutan, manipulasi dan senaman digunakan.
Ia bantu untuk memulihkan pergerakan, menguatkan otot sekeliling dan mengembalikan fungsi normal pada kawasan yang tercedera.
Ahli fisioterapi juga boleh membina program senaman yang mampu mengurangkan risiko kecederaan berulang.
Kesimpulannya, kecederaan sukan perlu diambil serius bagi mengurangkan risiko yang lebih bahaya.
Buat anda yang aktif bersukan, jangan memandang enteng terhadap perkara ini.
Sekiranya anda pernah mengalami kecederaan ketika bersukan, anda perlu mendapatkan rawatan secepatnya.
Salah satu pilihan terbaik yang ada adalah dengan mendapatkan rawatan fisioterapi.
Rawatan fisioterapi mampu membantu jika anda mempunyai masalah gangguan otot, tulang dan sendi.
Jika anda tidak pernah mencuba rawatan fisioterapi, inilah masanya.
Anda tidak tahu di mana ingin dapatkan sesi rawatan ini?
Dapatkan rawatan fisioterapi bagi merawat kecederaan sukan bersama kami, Physiogo!
Kami bukan sahaja merawat kecederaan sukan tetapi juga bantu untuk mengatasi masalah sakit leher, bahu, lutut, sakit belakang dan banyak lagi.
Ribuan pesakit di sekitar Lembah Klang telah mendapatkan rawatan fisioterapi mereka bersama Physiogo.
Kami merupakan ahli fisioterapi yang bertauliah serta berkelulusan dalam bidang fisioterapi.
Dengan memberikan rawatan yang bersesuaian, kami dapat mengurangkan kecederaan yang anda hadapi.
Selain itu, kami merupakan pusat rawatan fisioterapi panel bagi PMCARE.
Ini bermaksud, pemegang-pemegang panel PMCARE tidak lagi perlu mengeluarkan kos sendiri ketika menerima rawatan fisioterapi bersama kami.
Berikut adalah info-info lebih lanjut mengenai pusat rawatan kami:
- Kami mempunyai pengalaman melebihi 5 tahun dalam bidang fisioterapi dan rehabilitasi
- Anda boleh mendapatkan rawatan peribadi secara one-to-one dengan juruterapi.
- Rawatan diberikan mengikut keselesaan jantina
Gambar- gambar dibawah adalah sebagai rujukan bagaimana rawatan fisioterapi kami dijalankan:
(Juruterapi wanita sedang merawat pesakit wanita.)
(Juruterapi lelaki sedang merawat pesakit lelaki)
- Beroperasi setiap hari
- Tempat yang selesa serta peralatan rawatan yang lebih lengkap
- 100% berdasarkan sains dalam kesihatan
Jadi, tunggu apa lagi?
Mari dapatkan rawatan kecederaan sukan bersama kami sekarang di Physiogo. Klik link dibawah untuk membuat janji temu bersama kami.