Lutut anda sering terasa sakit sehingga rasa tegang ke belakang peha dan betis?Pernahkah anda mendengar lutut anda berbunyi ketika berjalan atau setiap kali anda membengkokkan kaki?Nak naik tangga pun susah kerana pergerakan lutut yang terhad? Jika anda mengalami perkara-perkara di atas, besar kemungkinan anda mempunyai masalah sakit lutut.Jangan risau, kami akan membantu anda memahami apakah punca sakit lutut anda dan bagaimana anda boleh merawatnya.
Masalah sakit lutut merupakan satu masalah kesihatan yang dialami oleh pelbagai lapisan umur masyarakat. Namun, ianya tidak boleh dipandang remeh kerana ia boleh mengganggu pergerakan fizikal dan rutin harian anda. Sakit lutut boleh terjadi kerana struktur tulang yang menjejaskan sendi lutut, lutut atau ligamen dan tulang rawan lutut.Masalah sakit lutut boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan biasanya ia diikuti dengan masalah untuk melakukan aktiviti fizikal. Sakit lutut boleh berlaku pada satu bahagian sahaja atau pada keseluruhan lutut.Salah satu masalah lutut yang sinonim dengan warga emas atau sesiapa sahaja yang meningkat usia adalah osteoarthritis (OA). Selain daripada peningkatan usia, masalah ini juga terjadi kerana penipisan tulang rawan yang berlaku secara beransur.Lapisan rawan berfungsi untuk menyerap daya hentakan.Maka, makin nipis lapisan rawan, makin kurang hentakan yang diserap. Perkara ini akan mengakibatkan keradangan dan kesakitan yang anda alami. Bagi golongan berumur, masalah ini boleh menjadi lebih parah kerana pengurangan dalam penghasilan cecair pelincir dalam sendi.
Banyak perkara yang boleh menyebabkan masalah sakit lutut berlaku. Antaranya:
Cara yang cepat dan mudah untuk melegakan sakit lutut adalah menggunakan pad panas atau sejuk.Pad panas boleh membantu sendi lutut anda daripada menjadi kaku atau keras. Manakala, pad sejuk boleh mengurangkan sakit dan bengkak.Pad PanasGunakan pad panas untuk melegakan masalah sakit lutut dan sendi sangkut. Jangan gunakan jika terdapat bengkak atau lebam, terutamanya selepas mengalami kecederaan. Pad Sejuk Gunakan pad sejuk dalam masa 2 hari sehingga 2 minggu selepas mengalami kecederaan untuk mengatasi bengkak dan keradangan. Anda boleh dapatkan pad ini disini.
Membiarkan lutut tidak bergerak untuk jangka masa yang lama bukanlah sesuatu yang bagus. Senaman berkala boleh membantu mengelakkan daripada sendi lutut menjadi kaku dan keras, sesuai untuk pesakit arthritis. Bukan itu sahaja, senaman sememangnya berkesan untuk mengurangkan tekanan pada lutut yang disebabkan oleh berat badan yang berlebihan.
Rawatan terapi secara manual baik untuk menggerakkan sendi dan tisu lembut pesakit. Ia juga membantu melegakan otot, meredakan bengkak dan membaik pulih fungsi anggota.
Terapi ini sangat baik untuk meregangkan sendi dan otot untuk pastian tiadalah pergerakan yang terbatas. Ia berfungsi untuk memulihkan fungsi fizikal, elakkan kehilangan fungsi serta tingkatkan keupayaan anggota.
Ini bermaksud anda tidak lagi perlu mengeluarkan kos yang banyak bagi mendapatkan rawatan fisioterapi di Physiogo.Mengapa anda perlu memilih kami? 


Definisi Sakit Lutut

Punca Masalah Sakit Lutut

Umur
Genetik
Jantina
Berat Badan
Kecederaan Lutut
Rawatan Sakit Lutut
Bagi sakit lutut yang kronik, kami nasihatkan untuk anda jumpa dengan doktor kesihatan. Bagi sakit lutut yang ringan dan sederhana, banyak cara yang anda boleh rawat di rumah.Teknik ‘RICE’
Pad panas dan sejuk

Senaman dan kurangkan berat badan

Dapatkan rawatan fisioterapi
- Manual Therapy

- Exercise Therapy

- Heat Therapy

- Kami mempunyai pengalaman melebihi 5 tahun dalam bidang fisioterapi dan rehabilitasi.
- Anda boleh mendapatkan rawatan peribadi secara one-to-one dengan pesakit.

- Rawatan diberikan mengikut keselesaan jantina.

(Juruterapi wanita sedang merawat pesakit wanita.)

(Juruterapi lelaki sedang merawat pesakit lelaki)
- Beroperasi setiap hari
- Tempat yang selesa serta peralatan rawatan yang lebih lengkap
- 100% berdasarkan sains dalam kesihatan