Bagi mereka yang bersukan, kecederaan semasa bersukan merupakan sesuatu perkara yang biasa berlaku.Walaupun sudah biasa menghadapnya, ramai yang tidak mengetahui cara merawat kecederaan tersebut dengan betul.Yang lebih merisaukan adalah apabila percubaan merawat menjadikan kecederaan tersebut lagi parah.Oleh itu, pentingnya ketahui cara rawatan kecederaan semasa bersukan yang betul dan selamat.Jangan risau, kami akan kongsikan jenis kecederaan bersukan dan bagaimana anda boleh merawatnya dengan betul dan selamat.
Pelbagai kecederaan yang boleh berlaku semasa bersukan mengikut jenis sukan yang anda lakukan.Antara yang biasa berlaku adalah hentakan, terkehel atau tergeliat, ketegangan, terseliuh, luka dan patah tulang.Kebiasaannya, ramai yang keliru antara terseliuh dan ketegangan.Terseliuh berlaku apabila ligamen menjadi tegang manakala ketegangan pula merujuk di otot.Selain itu, terdapat juga kecederaan yang jarang tetapi boleh berlaku semasa bersukan.Contohnya adalah konkusi (concussion) pada otak akibat hantukkan, kapsul sendi terkoyak dan kecederaan pada abdomen.
Kecederaan semasa bersukan biasanya mudah dikesan kerana adanya rasa sakit, lebam atau bengkak pada kawasan kecederaan.Jika terseliuh atau patah, kecacatan pada struktur boleh dilihat di tempat kecederaan.Kadangkala kecederaan bersukan boleh membuatkan sesuatu bahagian itu tidak berfungsi seperti biasa.Kes kecederaan sukan yang melibatkan otak pula boleh menyebabkan sakit kepala, pening, loya atau muntah.Jika anda tercedera semasa bersukan, ia akan menyebabkan mungkin lebih daripada satu tanda dan gejala yang muncul.
Letakkan pek ais pada tempat tercedera selama 15-20 minit pada setiap 2-3 jam.Ais boleh menyebabkan pengecutan salur darah dan mengehadkan pendarahan dan proses membengkak.Selain itu, ais juga membantu untuk mengurangkan kesakitan serta mengelakkan berlakunya keradangan.Elakkan daripada meletakkan ais secara langsung ke kulit. Ini adalah untuk mengelakkan kecederaan kulit yang disebabkan sejuk ais.C = compression.
Berikan sedikit tekanan pada kawasan cedera.Balutkan tempat tercedera dengan pembalut atau bandage bagi mengurangkan bengkak dan sakit.Namun, jangan balut terlalu ketat. Perbuatan ini akan menyekat pendarahan dan boleh menyebabkan kecederaan yang lebih parah.E = elevation.Pastikan bahagian yang tercedera berada pada aras yang lebih tinggi daripada paras jantung.Hal ini adalah bagi mengurangkan aliran darah supaya bengkak akan surut dengan lebih cepat.Dinasihatkan untuk melakukan elevation sekerap yang boleh.
Fisioterapi merupakan rawatan di mana teknik seperti urutan, manipulasi dan senaman digunakan.Ia bantu untuk memulihkan pergerakan, menguatkan otot sekeliling dan mengembalikan fungsi normal pada kawasan yang tercedera.Ahli fisioterapi juga boleh membina program senaman yang mampu mengurangkan risiko kecederaan berulang.Kesimpulannya, kecederaan sukan perlu diambil serius bagi mengurangkan risiko yang lebih bahaya.Buat anda yang aktif bersukan, jangan memandang enteng terhadap perkara ini.Sekiranya anda pernah mengalami kecederaan ketika bersukan, anda perlu mendapatkan rawatan secepatnya.Salah satu pilihan terbaik yang ada adalah dengan mendapatkan rawatan fisioterapi.Rawatan fisioterapi mampu membantu jika anda mempunyai masalah gangguan otot, tulang dan sendi.Jika anda tidak pernah mencuba rawatan fisioterapi, inilah masanya.Anda tidak tahu di mana ingin dapatkan sesi rawatan ini?Dapatkan rawatan fisioterapi bagi merawat kecederaan sukan bersama kami, Physiogo!Kami bukan sahaja merawat kecederaan sukan tetapi juga bantu untuk mengatasi masalah sakit leher, bahu, lutut, sakit belakang dan banyak lagi.Ribuan pesakit di sekitar Lembah Klang telah mendapatkan rawatan fisioterapi mereka bersama Physiogo.Kami merupakan ahli fisioterapi yang bertauliah serta berkelulusan dalam bidang fisioterapi.
Dengan memberikan rawatan yang bersesuaian, kami dapat mengurangkan kecederaan yang anda hadapi.Selain itu, kami merupakan pusat rawatan fisioterapi panel bagi PMCARE.Ini bermaksud, pemegang-pemegang panel PMCARE tidak lagi perlu mengeluarkan kos sendiri ketika menerima rawatan fisioterapi bersama kami.Berikut adalah info-info lebih lanjut mengenai pusat rawatan kami:
(Juruterapi wanita sedang merawat pesakit wanita.)
(Juruterapi lelaki sedang merawat pesakit lelaki)
Jenis-jenis Kecederaan Semasa Bersukan

Tanda dan Gejala Kecederaan Semasa Bersukan

Cara Merawat Kecederaan Bersukan yang Betul dan Selamat
Apabila berlaku kecederaan semasa bersukan, terdapat beberapa perkara yang anda boleh lakukan.Terapi PRICE


Imobilisasi
Fisioterapi


- Kami mempunyai pengalaman melebihi 5 tahun dalam bidang fisioterapi dan rehabilitasi
- Anda boleh mendapatkan rawatan peribadi secara one-to-one dengan juruterapi.

- Rawatan diberikan mengikut keselesaan jantina


- Beroperasi setiap hari
- Tempat yang selesa serta peralatan rawatan yang lebih lengkap
- 100% berdasarkan sains dalam kesihatan