Physiogo

Email Pertanyaan Anda

rawatan sakit belakang

Rawatan Sakit Belakang Profesional PhysioGo

Kehidupan harian tanpa sakit belakang melahirkan kehidupan yang selesa dan harmoni. Pastinya lebih seronok apabila dapat menghadap komputer di pejabat tanpa diganggu sakit belakang, dapat mengangkat barang dengan lebih yakin tanpa risau sakit belakang mahupun dapat buat aktiviti harian di rumah seperti ‚Äėgardening‚Äô dengan lancar tanpa dihalang sakit belakang.

Sila bagi perhatian pada tubuh badan jika mengalami situasi dibawah:

  • Sukar nak lakukan aktiviti harian disebabkan sakit belakang
  • Takut untuk mengangkat barang atau dukung anak 
  • Tidur diwaktu malam selalu terjaga disebabkan sakit belakang dan berdenyut-denyut
  • Sakit belakang hingga rasa kebas-kebas & adakalanya sakit sampai ke pinggang & peha
  • Nak bekerja pun terganggu sebab pergerakan terbatas
  • Sakit belakang menganggu bila memandu atau duduk lama di meja pejabat 

Masalah belakang seperti sakit berpanjangan dan tidak boleh menunduk memang amat mengecewakan bila mana ia menghadkan aktiviti dan rutin harian kita.

Sakit belakang tidak sepatutnya menjadi penghalang bagi mencapai potensi diri di tahap sepenuhnya, jadi rawatan yang profesional dan bersesuaian mestilah dipilih bagi menyelesaikan masalah ini.

Kami faham bagaimana rasanya bila anda mengalami masalah fizikal seperti sakit belakang ini dan tidak dapat jalani rutin harian dengan selesa.

Physiogo menyediakan anda rawatan yang profesional dijalankan oleh ahli fisioterapi kami yang terlatih, profesional dan berkelulusan (qualified).

SAKIT BELAKANG BOLEH BERPUNCA DARIPADA: 

  • Mengamalkan postur badan yang salah dalam tempoh lama
  • Pekerjaan harian yang memerlukan anda angkat barang-barang berat
  • Gaya hidup yang tidak aktif yang menyebabkan otot jadi lemah & jadi sakit belakang
  • Tekanan kerja & stress yang menyebabkan ‘muscle tension’
  • Jatuh atau trauma
  • Masalah pada tulang belakang

Sehingga 2020, kami telah membantu beribu pesakit di sekitar Bandar Baru Bangi, Putrajaya, Kajang, Cheras, Wangsa Maju, Setapak, Kuala Lumpur dan pelbagai tempat lagi di sekitar Lembah Klang.

Rawatan Physiogo telah membantu mengukir senyuman dengan pelbagai cerita kejayaan daripada mereka. Kami ingin membantu anda memiliki tahap kesihatan fizikal yang terbaik dan turut menjadi salah seorang yang memiliki cerita kejayaan anda sendiri selepas mendapatkan rawatan di Physiogo, seperti mereka juga.

APAKAH RAWATAN DISEDIAKAN DI PHYSIOGO

PEMERIKSAAN + CONSULTATION

Membantu untuk:

  • Info lebih lanjut masalah yang dihadapi
  • Elak masalah sakit semakin teruk dan melarat
  • Khidmat nasihat untuk hasil rawatan san kesihatan fizikal yang terbaik

TREATMENT

MANUAL THERAPY 

Membantu untuk:

  • Menggerakkan soft tissue dan sendi
  • Melegakan rasa sakit
  • Menambahbaik fungsi otot
  • Meningkatkan pergerakan sendi

HEAT THERAPY

Membantu untuk:

  • Mempercepatkan proses penyembuhan
  • Melegakan rasa sakit
  • Memberi kesan relax dan melembutkan otot
  • Meningkatkan pergerakan nutrient dan oksigen pada sendi dan otot.

ELECTROTHERAPY

Membantu untuk:

  • Mempercepat proses penyembuhan
  • Mengatasi scar tissue
  • Merawat kecederaan soft tissue
  • Mengatasi radang

EXERCISE THERAPY

Membantu untuk:

  • Menguatkan dan meregangkan otot
  • Menjaga dan mengelakkan masalah sakit berlarutan
  • Menambahbaik fungsi sendi dan otot
  • Memastikan hasil rawatan berkesan untuk jangka masa lama

CARA MENDAPATKAN RAWATAN DI PHYSIOGO

  • HUBUNGI 

Hubungi khidmat pelanggan kami untuk membuat temujanji rawatan 

TEMUJANJI 

Temujanji ditetapkan berdasarkan tarikh dan masa yang dipersetujui oleh anda.

RAWATAN

Terima rawatan dari ahli fisioterapi physiogo

Physiogo bersedia membantu anda menerima rawatan yang berimpak tinggi dalam masa yang sama mengelakkan anda mengeluarkan kos yang tinggi jika terpaksa melakukan pembedahan apabila anda tidak mendapatkan rawatan awal dan membiarkan masalah sakit menjadi semakin teruk.

Pencegahan dan rawatan awal tidak memakan kos yang tinggi jika nak dibandingkan dengan kos rawatan bilamana kondisi sakit sudah teruk dan melarat. Sebagai contoh, pembedahan bagi masalah ‘slip disc’ boleh memakan kos yang tinggi.

Perawat kami yang terlatih dan berkelulusan sentiasa berusaha dalam membantu memberi rawatan yang efektif dan memuaskan dalam masa yang sama membantu anda mendapatkan tahap kesihatan yang terbaik dan memiliki gaya hidup yang lebih aktif dan produktif seperti orang lain juga.

Perawat kami juga terdiri dari mereka yang profesional dan qualified dari intitusi pengajian tinggi Malaysia. Ini bagi memastikan kualiti rawatan yang diberikan adalah terbaik.

CERITA KEJAYAAN

Tangani segera sebelum masalah sakit semakin melarat. Elakkan mengangguh dari buat rawatan supaya komplikasi yang lebih teruk tidak terjadi.

Physiogo bersama anda untuk membantu kembali aktif dan produktif dalam kerja harian. Kami bersama anda untuk anda jalani kehidupan yang lebih selesa dan bermakna di samping keluarga yang tersayang.

Kami di PhysioGo akan bantu atasi sakit belakang anda :

  • Rawatan dari ahli terapis kami yang profesional dan terlatih
  • Mengetahui lebih lanjut tentang masalah sakit yang sedang dihadapi
  • Memberi khidmat nasihat anda perkara-perkara yang perlu dilakukan bagi mendapatkan tahap kesihatan fizikal yang terbaik
  • Mengelakkan masalah sakit tersebut menjadi semakin teruk dan melarat.

Dengan itu, Physiogo adalah yang terbaik bagi anda untuk mengatasi masalah sakit belakang ini dalam usaha anda untuk jalani aktiviti harian dengan lebih selesa dan kecapi kehidupan yang sangat bermakna.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *