Sakit Tengkuk Berulang? Cuba Rawatan Ni!

sakit tengkuk

Share This Post

Sakit tengkuk boleh menjadi satu masalah yang mengganggu kehidupan seharian, terutamanya jika ia berulang.

Jangan abaikan tanda-tanda ketidakselesaan pada leher anda, kerana rawatan yang tepat pada masanya dapat mencegah masalah yang lebih serius.

Apa yang boleh dilakukan untuk mengurangkan atau menghilangkan sakit bahagian leher ini?

Ikuti artikel ini untuk dapatkan panduan dan tips meredakan sakit tengkuk atau leher melalui rawatan fisioterapi.

Apa Itu Sakit Leher?

Sakit leher atau juga dikenali sebagai cervicalgia, adalah keadaan di mana seseorang mengalami ketidakselesaan atau kesakitan di bahagian leher.

Perhatikan jika anda mengalami simptom-simptom seperti berikut:

  1. Ketegangan leher yang menyukarkan pergerakan kepala.
  2. Sakit atau kebas di mana-mana bahagian sekitar leher dan bahu.
  3. Sakit yang merebak ke bahu, lengan, atau jari-jari atau hingga ke kepala.
  4. Kebas di bahu, lengan, atau jari-jari.
  5. Tidak selesa semasa menggunakan komputer, memandu, atau tidur.

Pastikan anda memberi perhatian kepada simptom-simptom ini dan segera dapatkan rawatan atau langkah pencegahan.

Faktor Penyebab Sakit Leher

  1. Postur badan yang salah

Kedudukan duduk yang salah boleh memberi tekanan terhadap otot leher dan tulang belakang, menyebabkan ketegangan dan sakit leher. Contoh, tidur dengan posisi leher yang salah.

  1. Kecederaan

Kecederaan akibat jatuh, kemalangan, sukan, atau whiplash boleh menyebabkan sakit leher.

  1. Kegiatan Berulang

Melakukan aktiviti yang sama berulang kali terutamanya yang melibatkan gerakan leher boleh menyebabkan keletihan otot dan sakit leher. Contoh, menghadap komputer terlalu lama tanpa menukar posisi.

  1. Stres dan Ketegangan

Stres dan ketegangan boleh menyebabkan otot-otot leher menjadi tegang, menyebabkan sakit dan ketidakselesaan.

Kelebihan Rawatan Fisioterapi untuk Sakit Tengkuk/Leher

Rawatan fisioterapi telah terbukti berkesan dalam merawat sakit di bahagian leher dan memberikan kelegaan kepada individu yang mengalaminya.

Berikut adalah beberapa kelebihan rawatan fisioterapi:

  1. Penyesuaian Postur: Fisioterapis akan membantu pesakit memperbaiki postur tubuh yang salah, mengurangkan tekanan pada otot leher dan tulang belakang.
  2. Latihan Terapeutik: Latihan yang disesuaikan secara individu akan membantu menguatkan otot leher dan meningkatkan fleksibilitinya.
  3. Pengurangan Sakit: Teknik-teknik seperti pijatan terapeutik dan terapi panas atau sejuk dapat membantu mengurangkan ketegangan dan sakit pada otot leher.
  4. Pencegahan: Fisioterapis akan memberikan pesakit pengetahuan dan teknik untuk mencegah masalah sakit leher di masa hadapan.

Tips Tambahan Merawat Sakit Tengkuk

  1. Amalkan Postur yang Betul
  2. Beristirahat Secara Segera
  3. Pemanasan Sebelum Aktiviti Fizikal
  4. Bergerak Secara Berkala
  5. Pergi kepada Pakar

Rawatan Sakit Leher Di Physiogo

sakit leher

  1. Konsultasi
  • Maklumat lanjut tentang masalah yang dihadapi.
  • Mengelakkan keadaan yang semakin teruk.
  • Perkhidmatan nasihat untuk hasil rawatan kesihatan fizikal terbaik.
  1. Terapi Manual
  • Menggerakkan tisu lembut dan sendi.
  • Meredakan sakit.
  • Meningkatkan fungsi otot.
  • Meningkatkan mobiliti sendi.
  1. Terapi Panas & Elektro
  • Mempercepatkan proses penyembuhan.
  • Merawat kecederaan tisu lembut.
  • Mengatasi keradangan.
  • Meningkatkan pergerakan zat makanan dan oksigen ke sendi dan otot.
  • Memberikan kesan relaksasi dan melonggarkan otot.
  1. Terapi Senaman
  • Memperkukuhkan dan meregangkan otot.
  • Meningkatkan fungsi sendi dan otot.
  • Memastikan rawatan yang berkesan untuk hasil jangka panjang.
  • Menjaga dan mengelakkan masalah sakit yang berpanjangan.

Sakit leher berulang boleh menjadi masalah yang mengganggu kehidupan seharian.

Walau bagaimanapun, dengan rawatan fisioterapi yang betul kelegaan berpanjangan dapat dicapai.

Segera dapatkan rawatan fisioterapi di Physiogo untuk atasi masalah sakit leher bagi menikmati kehidupan yang lebih aktif.

 

More To Explore

Sakit Sendi: Kenali Tanda & Gejala Arthritis

Sakit sendi dan arthritis berkait rapat kerana arthritis merupakan satu jenis penyakit yang menyebabkan keradangan pada sendi-sendi. Apabila seseorang mengalami arthritis, biasanya mereka akan mengalami

💬 Need help?
Scan the code