6 Punca Sakit Tulang Belikat dan Senaman Yang Berkesan

sakit tulang belikat

Share This Post

Anda pernah sakit dibahagian bahu dan belakang badan, sakit leher, sakit tangan dan sukar bernafas

Sakit dibahagian belakang badan semestinya memberikan rasa nyeri dan tidak selesa untuk bergerak, menyukarkan anda untuk membawa barang dengan biasa.

Antara kemungkinan yang anda hadapi ialah sakit tulang belikat. Tapi, apa itu sakit tulang belikat?

Tulang belikat atau skapula merupakan tulang yang berada di bahagian atas belakang badan dan menyambungkan humerus (tulang pangkal lengan) dengan tulang selangka.

Fungsi tulang belikat turut penting seperti bahagian tulang-tulang yang lain. Punca-punca yang kami kongsikan tak semestinya akan berlaku kepada semua orang.

Diharapkan punca-punca sakit tulang belikat yang terjadi dan senaman yang dicadangkan dapat membantu anda. Teruskan membaca!

Punca Sakit Tulang Belikat

sakit tulang belikat

1. Cedera dan Ketegangan Pada Otot

Cedera dan ketegangan pada otot ini disebabkan oleh sering mengangkat beban yang berat, posisi tubuh yang salah semasa bekerja, bersukan berlebihan, bekerja di depan komputer secara berlebihan, posisi tidur yang salah,

Kecederaan pada otot menyebabkan timbulnya rasa sakit pada tulang belikat ini. Bahkan menyebabkan ia mempengaruhi otot lain pada bahu hingga punggung.

2. Sakit Tendon

Sakit pada bahagian tendon sering terjadi dalam kalangan ahli sukan seperti Tennis Elbow dan dan Golfer Elbow.

Semakin anda lakukan pergerakan, semakin sakit anda rasakan. Kawasan terlibat akan sakit diiringi dengan kemerahan, kehangatan dan bengkak.

3. Ada Masalah Pada Tulang dan Sendi

Patah tulang jarang terjadi bagi pesakit tulang belikat kerana tulang belikat termasuk tulang yang paling sulit dipatahkan.

Kes tulang belikat yang patah dapat selalunya disebabkan oleh jatuh atau kecelakaan. Penyakit osteoporosis, arthritis dan kanser boleh mengundang nyeri di tulang belikat, bahu, atau leher.

4. Sakit Jantung

Individu yang mengalami sakit jantung akan mengalami kesakitan pada bahagian dada terutama pada tulang belikat.

Jika anda dapat rasakan kesakitan pada bahagian tulang belikat, jangan ambil ringan andai anda mempunyai risiko penyakit jantung.

5. Masalah Pada Perut dan Pangkal Peha

Antara faktor lain yang sakit tulang belikat ialah jika anda ada masalah pada bahagian perut dan pangkal peha.

Hak ini boleh berlaku disebabkan kerengsaan saraf yang melalui dasar diafragma sehingga munculnya rasa sakit yang pada bahu atau tulang belikat bahagian kanan ini.

Sakit pada perut dan pangkal peha ini berlaku disebabkan oleh masalah kesihatan seperti refluks hempedu.

6.  Kanser

Kanser paru-paru boleh menjadi punca kesakitan ini berlaku. Hal ini kerana, tumor telah menolak saraf yang berhampiran dengan atas paru-paru.

Di mana,bahagian inilah yang menyebabkan sakit di tulang belikat terjadi.

Antara kanser yang menyebabkan sakit di tulang belikat ialah:

  • Pancoast tumor
  • Esophageal cancer
  • Mesothelioma
  • Lymphomas
  • Kanser hati
  • Kanser payudara

Baca Juga; 

Apa Punca Anda Sakit Pinggang?

Senaman Terbaik untuk Sakit Tulang Belikat

1. Upper Back Stretching

sakit tulang belikat

●    Shoulder Rolls

  1. Anda boleh lakukan aktiviti ini ketika anda berdiri atau duduk.
  2. Lakukan pusing pada bahagian bahu ke arah belakang.
  3. Ulang selama 2 hingga 4 kali.

●    Wall Push-up

  1. Anda hanya perlu berdiri 30-60 cm jarak di hadapan dinding.
  2. Letakkan tangan di dinding setentang dan melepasi kawasan bahu pada dinding.
  3. Dekatkan diri pada dinding dengan perlahan dan kembali ke posisi awal.
  4. Ulang aktiviti ini 8 ke 12 kali. Jika anda berasa sakit semasa melakukan aktiviti ini, dekatkan diri anda dengan dinding.

2. Back Rotation

sakit tulang belikat

  1. Baring dengan selesa di atas lantai yang rata.
  2. Bengkok kaki anda anda jatuhkan kedua-dua kaki ke bahagian kiri. Bepakan tangan bagi menampung tubuh badan.
  3. Tahan selama 20 saat dan jangan paksa diri andai berasa sakit.
  4. Tukar posisi ke bahagian kanan. Ulang selama 2 hingga 5 kali.

3. Rhomboid Strengthening

●    Lower Neck and Upper Back (Rhomboid) Stretch

  1. Letakkan tangan anda ke hadapan badan. Pastikan tangan anda saling berpegangan.
  2. Perlahan-lahan lunjurkan tangan ke hadapan sehingga anda berasa sakit di bahagian belikat beransur.
  3. Gerakkan kepala anda ke hadapan secara perlahan.
  4. Tahan selama 15 hingga 30 saat. Anda ulang 2 hingga 4 kali.

●    Neck Rotation

  1. Anda boleh buat pilihan untuk duduk atau berdiri semasa membuat aktiviti ini.
  2. Pusingkan kepala anda ke bahagian kanan dan tahan selama 15 hingga 30 saat. Maintain posisi dagu anda dari bergerak.
  3. Ulang langkah ini sehingga 2 ke 4 kali setiap sisi.

Jagalah tubuh badan anda dengan baik bagi mengelakkan sebarang permasalahan pada masa akan datang. Kita nak guna tubuh ini pada jangka masa yang lama.

Jadi, jangan ambil ringan terhadap sebarang masalah yang anda rasakan. Sayangi tubuh badan anda!

Jika kesakitan tidak berkurang atau memerlukan khidmat konsultasi pakar, datanglah ke Physiogo. Di sini terdapat ramai fisioterapi tertauliah yang akan membantu anda.

More To Explore

Sakit Sendi: Kenali Tanda & Gejala Arthritis

Sakit sendi dan arthritis berkait rapat kerana arthritis merupakan satu jenis penyakit yang menyebabkan keradangan pada sendi-sendi. Apabila seseorang mengalami arthritis, biasanya mereka akan mengalami

💬 Need help?
Scan the code