Pernahkah anda merasakan sakit di bahagian punggung atau tulang punggung anda?
Kebanyakkan orang sering sakit punggung di bahagian kanan, kiri atau di bawah pinggang berdekatan kawasan tersebut.
Kadangkala ada juga yang mengalami kesakitan yang menjalar dari punggung hingga ke betis.
Jika anda mengalami sakit di bahagian tulang punggung, anda mungkin mengalami Piriformis Syndrome.
Jom kami kongsikan apa yang anda perlu tahu tentang sakit tulang punggung dan cara untuk anda atasinya.
Definisi Sakit Tulang Punggung
Sakit tulang punggung atau Piriformis Syndrome (PS) merupakan kesakitan yang berlaku pada punggung dan pinggul.
Kesakitan ini berlaku apabila saraf sciatic terganggu oleh otot piriformis.
Saraf sciatic adalah saraf yang besar terletak di bahagian bawah punggung hingga ke kaki anda.
Otot piriformis pula berada dari bahagian tulang belakang hingga ke atas tulang paha.
Otot ini bertanggungjawab ke atas pergerakan pinggul dan kaki.
Apabila otot piriformis tegang, saraf sciatic boleh tertekan dan akan menyebabkan rasa sakit, semut-semut atau kebas di mana-mana bahagian dari pinggul ke kaki.
Walaupun keadaan ini boleh berlaku ke atas sesiapa sahaja tetapi kajian mendapati PS lebih banyak didapati dalam kalangan wanita dengan nisbah 6:1 berbanding lelaki.
Hal ini kerana tulang pinggul dan otot wanita yang lebih besar dan luas.
Bagaimana Sakit Tulang Punggung Berlaku
Sakit tulang punggung boleh berlaku kerana pelbagai penyebab, antaranya:
Faktor Umur
Semakin usia meningkat, anda akan lebih berisiko mengalami sakit pada tulang punggung.
Golongan usia yang sering didapati menghadapi kondisi ini adalah 30-60 tahun.
Peningkatan risiko ini dipengaruhi oleh penuaan yang menyebabkan jisim otot berkurang, cecair dalam sendi tulang belakang menipis dan ketumpatan tulang berkurang.
Masalah Tulang Atau Sendi
Masalah dengan tulang dan/atau sendi di bahagian belakang seperti arthritis atau osteoporosis boleh menyumbang kepada penyak.
Selain daripada arthritis, osteoarthritis (OA) adalah keradangan sendi yang biasanya menyebabkan sakit tulang punggung.
Gejala OA menyebabkan hujung tulang bergesel antara satu sama lain, menyebabkan sakit, bengkak dan kekakuan.
Gaya Hidup
Hampir sebahagian besar penyebab sakit tulang punggung adalah disebabkan postur tubuh yang kurang baik.
Postur tubuh yang cenderung membongkok boleh menyebabkan otot-otot punggung meregang.
Regangan otot-otot ini adalah kerana harus bekerja lebih keras untuk menstabilkan posisi tulang belakang.
Selain itu, berat badan berlebihan juga mampu menyebabkan sakit di bahagian tersebut kerana perlu menampung berat badan anda.
Cedera
Cedera juga boleh menyebabkan sakit pada tulang punggung, biasanya disebabkan postur yang tidak tepat semasa melakukan aktiviti.
Contoh cedera semasa bersukan atau jika anda sering mengangkat benda berat dengan postur tidak tepat yang boleh menyebabkan otot dan ligamen koyak.
Simptom Sakit Tulang Punggung
Antara simptom sakit tulang punggung adalah:
- Kebas di bahagian pinggul hingga hujung kaki
- Sakit di bahagian pinggul bila duduk dalam jangka masa yang panjang
- Sakit seperti kejutan elektrik dari bahagian pinggul hingga hujung kaki
- Sendi di bahagian pinggul menjadi ketat
Baca Juga
Cara Atasi Sakit Tulang Punggung
Amalkan Gaya Hidup Aktif
Biasanya orang yang sakit tulang punggung akan baring atau berehat sehingga sakit berkurang.
Tetapi, salah satu cara untuk mempercepatkan waktu sembuh adalah dengan kekal aktif atau melakukan aktiviti ringan seperti berjalan.
Cumanya, anda perlu elakkan aktiviti lasak terutama yang boleh membebankan punggung.
Posisi Tidur Yang Betul
Kedudukan tidur juga boleh membantu kita untuk mengatasi sakit belakang.
Kedudukan tidur tertentu boleh mengurangkan tekanan pada bahagian belakang.
Contohnya, jika seseorang yang sakit tulang punggung sudah biasa tidur telentang, cuba letakkan bantal di bawah lutut.
Rawatan Fisioterapi
Rawatan fisioterapi juga berkesan kerana ahli fisioterapi akan mengajar cara regangan yang boleh mengatasi sakit punggung.
Ahli fisioterapi juga akan membantu kita dengan latihan yang boleh memperbaiki keseimbangan tubuh yang mungkin penyebab kepada sakit ini.
Terdapat juga rawatan lain yang mungkin dinasihatkan oleh ahli terapi fisioterapi berdasarkan punca dan keparahan sakit yang anda alami.
Dapatkan Rawatan Fisioterapi PhysioGo
Jika anda ingin dapatkan rawatan fisioterapi terbaik, dapatkanlah dengan PhysioGo.
PhysioGo bersedia membantu anda yang mengalami sakit belakang, sakit leher, sakit bahu, sakit lutut, sakit pinggang dan kecederaan sukan.
PhysioGo menawarkan terapi manual, senaman terapeutik, program rehabilitasi dan nasihat penjagaan.
Semua teknik rawatan PhysioGo berasaskan daripada kajian ilmu yang diperakui oleh saintis dan dibuktikan secara klinikal.
Seperti teknik rawatan di PhysioGo, ahli fisioterapi PhysioGo semuanya berkelulusan dan berkelayakan memberikan rawatan kepada pesakit.
PhysioGo menawarkan waktu rawatan yang fleksibel di mana anda boleh pilih untuk dapatkan rawatan sama ada jam 9 pagi hingga 9 malam setiap hari.
Pusat rawatan PhysioGo adalah amat mesra pelanggan! Mereka menyediakan ruang khas untuk setiap pelanggan yang hadir untuk mendapatkan rawatan.
PhysioGo turut mengutamakan keselesaan pesakit dengan menawarkan ahli fisioterapi khusus untuk lelaki dan wanita.
PhysioGo juga sedia menerima tempahan untuk melakukan rawatan fisioterapi di rumah anda!
Jangan tunggu sampai sakit tulang belakang anda melarat.