Fisioterapi Tulang Belakang, Kenapa Ia Penting?

fisioterapi tulang belakang

Share This Post

Sakit belakang adalah rasa sakit, ketegangan otot di mana-mana bahagian belakang tubuh. Kesakitan itu boleh menjalar ke bahagian punggung atau kaki.

Pada usia meningkat menuju 30 tahun, anda akan mudah mengalami sakit belakang. Banyak punca yang menyebabkan orang ramai yang mudah untuk “mendapat” sakit ini.

Terdapat tiga jenis sakit belakang seperti peringkat akut, kronik dan berulang (recurrent). Oleh sebab itu, keadaan tulang belakang harus dijaga.

Keselesaan badan wajib dijaga bagi mengelakkan masalah yang lebih serius.

Teruskan membaca untuk input seterusnya!

Mengapa Tak Boleh Pandang Ringan Sakit Tulang Belakang?

sakit tulang belakang

Sakit belakang akan menyebabkan ketidakselesaan pada badan dan pergerakan akan terganggu. Anda akan berasa tidak selesa sama ada semasa berjalan, duduk atau tidur.

Belakang badan adalah salah satu teras badan yang membantu manusia untuk bergerak dan melakukan kerja dengan selesa.

Jika sakit belakang ini tidak dirawat ia akan menyebabkan komplikasi seperti lemah atau lumpuh otot-otot kaki, kecacatan kekal, dan kanser.

Masalah tulang belakang yang teruk seperti slipped disc, spinal stenosis dan spondylolisthesis juga tidak boleh dipandang enteng.

Individu yang pernah mengalami kecederaan atau jatuh atau bersukan berat seperti atlet angkat berat harus menjaga diri dengan teliti.

Kesakitan yang berlaku tidak boleh di pandang sebelah mata.

Sebab Terjadinya Sakit Tulang Belakang

1.  Faktor Pekerjaan

Adakah anda seorang pekerja yang kerap duduk untuk jangka masa yang lama atau mengangkat barangan berat semasa melakukan tugasan?

Rehatkan badan anda seketika bagi mengelakkan tulang belakang sakit lebih kerap.

Regangan seperti pelvic tilt dan cat and camel membantu untuk memastikan tulang belakang dalam keadaan yang baik.

2.  Postur Badan Yang Salah

postur badan yang salah

Kerap duduk atau berdiri, membawa beg galas yang berat atau sering angkat barang yang berat akan menyebabkan masalah seperti ini.

Ketika anda angkat barang berat, pastikan anda mengangkatnya dan berjalan dengan postur yang betul.

Elakkan membongkok secara terus untuk ambil barang. Anda digalakkan mencangkung barulah angkat barang.

Bagi yang sering menggunakan duduk meja kerja, jangan bongkokkan badan semasa menggunakan komputer.

Gunakan bantal kerusi untuk support tubuh belakang anda.

Lakukan sedikit regang atau berehat buat seketika.

3. Gaya Hidup

Gaya hidup yang tidak aktif atau terlalu aktif akan menyebabkan sakit belakang.

Pergerakan yang berulang seperti mengemas dan angkat barang, kerap tidur dan duduk akan menyebabkan tubuh anda mengalami kesakitan.

Otot yang tidak digerakkan akan menyebabkan cakera tulang menjadi keras dan mengganggu urat di bahagian belakang

4. Tekanan Kerja

tekanan kerja

Tekanan kerja akan membebaskan adrenalin dan mempercepatkan fungsi badan.

Ini akan meningkatkan tekanan darah, degupan darah dan banyak gula akan dibebaskan.

Dengan itu, tekanan akan diberi kepada badan bahawa otot mengalami muscle tension.

5. Kecederaan Otot

Para atlet cenderung mengalami sakit belakang akibat kesakitan yang berlaku pada otot dan tulang seperti otot tergeliat, otot terkoyak, pecah tulang belakang, ruas tulang belakang yang terkeluar atau pecah.

Simptom Sakit Tulang Belakang

simptom sakit tulang belakang

Masalah tulang belakang yang teruk seperti slipped disc, spinal stenosis dan spondylolisthesis boleh menyebabkan masalah pada bahagian saraf.

Beberapa simptom yang boleh berlaku kepada pesakit antaranya:

  1. Sakit pada bahagian kaki yang teruk.
  2. Kebas di bahagian punggung, peha dan kaki.
  3. Pergerakan terbatas untuk melakukan aktiviti-aktiviti harian.

Punca lain yang menyebabkan masalah sakit belakang:

  1. Otot
  • Otot tergeliat
  • Otot terkoyak
  • Otot letih
  1. Tulang
  • Kanser tulang
  • Ruas tulang belakang terkeluar atau pecah
  1. Lain-lain
  • Penyakit batu karang
  • Penyakit radang pelvik (Pelvic Inflammantory Disease)
  • Postur badan yang tidak betul

Artikel Berkaitan

Rawat Masalah Sakit Belakang dengan Rawatan Fisioterapi

Rawatan Fisioterapi Tulang Belakang

1. Manual Therapy

rawatan fisioterapi tulang belakang

Manual therapy ialah berurut, pergerakan yang akan memberikan tekanan pada otot. Ia baik untuk gerakkan sendi dan soft tissue pesakit.

Melalui tekanan yang diberikan akan melegakan otot dan dapat membuatkan pesakit bergerak dengan lebih selesa.

2. Heat & Electro Therapy

rawatan fisioterapi tulang belakang

Berikut merupakan kelebihan membuat heat therapy bersama kami di Physiogo:

  • Mengurangkan kesakitan pada soft tissues.
  • Mengurangkan inflammation di dalam badan.
  • Memberi kelegaan serta melembutkan otot.

3.  Exercise Therapy

rawatan fisioterapi tulang belakang

Gerakkan sendi dan otot pada tubuh badan. Senaman seperti knee to chest, pelvic tilt, lower abdominal exercise, cat and camel, hip extension sesuai untuk dilakukan.

Gerakan di atas dapat merengangkan otot yang membataskan pergerakan pesakit.

physiogo

Lalu, pusat fisioterapi tampil membantu memberikan kelegaan dengan cepat. Ini kerana, ahli fisioterapi tertauliah dapat memberikan panduan dan memberikan rawatan yang bersesuaian.

Dapatkan rawatan fisioterapi di Physiogo, pusat terbaik di Malaysia

Hanya fisioterapi terlatih dan professional yang akan membantu anda.

Kenapa Physiogo menjadi pilihan ramai?

  • 100% fisioterapi yang bertauliah
  • 5 tahun pengalaman
  • Memberi privasi kepada pengguna semasa rawatan

Kurangkan kesakitan badan anda dengan bantuan Physiogo, pusat rawatan fisioterapi yang bertauliah!

More To Explore

fisioterapi tulang belakang

Fisioterapi Tulang Belakang, Kenapa Ia Penting?

Sakit belakang adalah rasa sakit, ketegangan otot di mana-mana bahagian belakang tubuh. Kesakitan itu boleh menjalar ke bahagian punggung atau kaki. Pada usia meningkat menuju

fisioterapi

Fisioterapi Physiogo Berdekatan Anda

Tidak dinafikan pada arus masa kemodenan ini semakin ramai orang yang membuat rawatan fisioterapi. Majoriti daripada mereka adalah pekerja pejabat dan warga emas. Hal ini

💬 Need help?
Scan the code