Slip Disc: Semua Yang Anda Perlu Ketahui

Share This Post

Slip disc selalunya berlaku secara tiba-tiba. Ada yang mengatakan bunyi ‘pop’ di tulang belakang. Malah, ada yang mengatakan bahawa masalah ini boleh menyebabkan lumpuh.

Bagi anda yang tertanya-tanya tentang punca dan cara rawatannya, anda boleh mengetahui melalui artikel ini.

Kenali Slip Disc

C:\Users\User\Desktop\apa itu slipped disc.jpg

Slip disc merujuk pada penyakit yang berlaku bila mana disc dalam tulang belakang berganjak keluar dari tempat asal. Ia mengakibatkan tekanan pada saraf tunjang, lalu menyebabkan rasa sakit berdasarkan saraf yang terjejas.

Disc tulang belakang berfungsi sebagai pelapik di antara ruas tulang belakang (vertebral body) dan bertindak sebagai penyerap tekanan, lalu membenarkan pergerakan antara tulang belakang berlaku.

Masalah slip disc berlaku apabila struktur luarnya terkoyak, lalu menyebabkan struktur dalam terkeluar dan menekan saraf. 

Ia merupakan kecederaan pada tulang belakang yang sering berlaku bukan sahaja pada golongan yang berusia, malah turut terjadi di kalangan orang muda. 

Punca Slip Disc

Related image

Kesakitan ini disebabkan oleh pelbagai faktor. Antaranya termasuk:

  1. Umur 

Semakin meningkat umur, bahagian luaran yang melindungi disc akan semakin haus. Lalu, mengakibatkan disc lebih mudah bergerak dari tempat asal.

  1. Mengangkat objek yang berat

Dengan mengangkat objek berat, akan menyebabkan tekanan yang tinggi pada tulang belakang. Secara tidak langsung, menyebabkan disc bergerak hingga mendatangkan sakit.

  1. Berat badan yang melampau

Tulang belakang tidak mampu untuk menampung berat badan yang melampau, lalu menyebabkan slip disc berlaku.

  1. Postur badan yang statik untuk tempoh masa yang lama

Jika anda melakukan aktiviti yang sama dalam keadaan statik, seperti memandu untuk tempoh yang lama. Ia boleh menyebabkan tekanan pada tulang belakang.

  1. Trauma seperti kecederaan semasa bersukan atau kemalangan

Kesan kecederaan lalu menjadikan anda terdedah pada slip disc.

  1. Jarang bersenam

Gaya hidup yang tidak aktif tanpa regangan dan senaman akan menyebabkan otot di badan keras dan tidak fleksibel. Lalu berisiko untuk mengalami slip disc.

Tanda-Tanda Slip Disc

Terdapat beberapa tanda awal yang perlu diambil berat. Slip disc boleh dikenalpasti melalui simptom seperti:

  • Sakit dan kebas selalunya pada bahagian sebelah badan sahaja
  • Sakit yang merebak sehingga lengan dan kaki
  • Sakit apabila berdiri atau duduk terlalu lama
  • Sakit menjadi teruk ketika mengangkat barang
  • Sakit ketika berjalan walaupun sekejap
  • Rasa berdenyut-denyut atau sakit di bahagian tulang belakang

Simptom slip disc ini mungkin berbeza, mengikut badan seseorang.

Kesimpulan

Masalah slip disc sememangnya memerlukan perhatian dan pemeriksaan awal untuk mengelakkan komplikasi yang teruk pada masa akan datang. Dapatkan nasihat doktor sekiranya anda mengalami simptom-simptom yang disenaraikan di atas.

Sekiranya anda atau ahli keluarga mengalami masalah slip disc, anda boleh dapatkan rawatan di Physiogo. 

8 Sebab Memilih Physiogo Untuk Rawatan Slip Disc

 

Sebenarnya pesakit slip disc wajib jalani rawatan fisoterapi.

Rawatan ini adalah profesional dan 100% diyakini untuk atasi sakit belakang yang selalu menganggu kerja dan aktiviti harian. Rawatan ini juga tanpa pengambilan ubatan atau pembedahan.

Rawatan Physiogo memberi penekanan untuk anda:

✅ Kembali bekerja dengan lebih selesa

✅ Duduk/drive dengan lebih lama tanpa diganggu sakit belakang

✅ Angkat barang berat atau menunduk dengan lebih yakin

Kami sudah beroperasi sejak 2017 dan telah membantu belasan ribu pesakit yang alami pelbagai masalah sakit badan dan slip disc adalah antara masalah yang kerap dialami oleh pesakit..

Ini 8 sebab kenapa ramai memilih rawatan Physiogo.

 

1. Kaedah Manual Technique Physiotherapy Teknik “Hands-On”

kaedah manual therapy

Physiogo menggunakan teknik manual technique physiotherapy atau lebih dikenali sebagai teknik “hands-on”.

Ia adalah teknik sentuhan tangan di mana fisioterapi akan melakaukan “urutan fisio” pada bahagian-bahagian badan terutamanya otot dan sendi untuk mengatasi kesakitan dan membantu mempercepatkan proses penyembuhan.

Teknik ini membantu bagi mengembalikan had upaya pergerakan pesakit, mengambalikan fungsi otot dan juga membaik pulih keadaan tisu-tisu badan.

 

2. Rawatan 100% Kaedah Saintifik

kaedah saintifik

Di Physiogo, kami menjunjung tinggi ilmu sains untuk memberikan perkhidmatan rawatan kepada pesakit-pesakit kami. Kami hanya mengamalkan teknik-teknik rawatan fisioterapi yang berasaskan kajian ilmiah yang diperakui oleh saintis.

Ini bermakna segala rawatan, teknik, amalan serta khidmat nasihat daripada fisio kami adalah berasaskan sains dalam kesihatan.

 

3. Bilik Rawatan Privasi, Cantik dan Selesa

bilik rawatan selesa

Physiogo menyediakan bilik rawatan yang ekslusif dan privasi khas untuk anda. Jadi anda akan rasa lebih selesa dan tenang sepanjang rawatan dijalankan kerana privasi dan keselesaan anda adalah keutamaan kami.

Ia juga penting bagi memastikan anda mendapat rawatan yang professional, fokus dan lebih peribadi setiap kali anda mendapatkan rawatan di Physiogo.

 

4. Waktu Rawatan Fleksibel

beroperai 7 hari seminggu

Physiogo beroperasi 7 hari seminggu, dari jam 9 pagi hingga 6 petang. Kami faham jadual kerja anda yang penuh. Anda boleh pilih masa rawatan mengikut keselesaan dan jadual harian anda.

Anda hanya datang ke klinik mengikut temujanji yang telah dibuat serta boleh mendapatkan rawatan selepas waktu bekerja. Kami juga buka sehingga sesi malam berdasarkan permintaan slot rawatan.

 

5. Juruterapi Khusus Untuk Wanita dan Lelaki

keselesaan jantina

Physiogo mementingkan keselesaan pesakit.

Selain bilik rawatan yang selesa serta kemudahan untuk berjumpa dengan fisio kami, Physiogo juga telah menetapkan setiap juruterapi untuk merawat pesakit mengikut jantina.

Ini bermakna pesakit wanita hanya dirawat oleh fisio wanita dan pesakit lelaki hanya dirawat oelh fisio lelaki.

 

6. 100% Fisioterapi Terlatih dan Bertauliah

fisioterapi terlatih bertauliah

Hanya ahli terapi yang berkelulusan sahaja layak untuk memberikan rawatan kepada pesakit. Oleh sebab itu, semua ahli fisioterapi Physiogo mempunyai kelulusan dalam bidang fisioterapi daripada institut pengajian tinggi di Malaysia dan luar negara.

Ini demi menjamin rawatan dan khidmat nasihat yang profesional dan berkualiti tinggi kepada pesakit.

 

7. Lokasi Tempat Rawatan Yang Strategik

lokasi physiogo

Kami ingin memastikan lebih ramai pesakit dapat manfaat dari rawatan Physiogo. Antara cawangan Physiogo terletak di :

  • Wangsa Maju
  • Sentul
  • Ampang
  • Shah Alam
  • Puncak Alam
  • BTHO Cheras
  • Cyberjaya
  • Bandar Baru Bangi
  • Bandar Puteri Bangi
  • Teluk Panglima Garang

Untuk info lebih berkaitan cawangan kami boleh rujuk di sini : Senarai Cawangan

Selain itu, pusat fisoterapi kami ini juga mempunyai pelbagai fasiliti yang lengkap dan selesa. Bilik rawatan yang luas dan selesa juga disediakan bagi memastikan keselesaan anda.

 

8. Servis Fisioterapi Korporat

servis fisioterapi korporat

Physiogo bersedia untuk memberikan sesi rawatan dan perkongsian ilmu penjagaan kesihatan kepada pekerja syarikat anda.

Dengan perkhidmatan ini, ia bukan sahaja dapat meredakan apa-apa komplikasi yang dialami malah dapat memaksimakan potensi pekerja syarikat anda.

Physiogo juga mendapat kepercayaan sebagai panel PMCare,HealthConnect Medkad, Mednefits, HealthMetrics, Compumed, dan ASP Medical Group organisasi pengurusan penjagaan kesihatan yang utama di Malaysia.

panel physiogo

Sekiranya anda sedang mencari tempat untuk konsultasi dan rawatan fisioterapi, hubungi kami hari ini.

Kebanyakan pesakit yang datang mendapatkan rawatan amat berpuas hati dan kini kembali dengan menikmati kehidupan yang lebih baik.

testimoni physiogo

testimoni physiogo

testimoni physiogo

More To Explore

💬 Need help?
Scan the code