Physiogo

Email Pertanyaan Anda

fisioterapi kuala lumpur

Fisioterapi Kuala Lumpur: 7 Sebab Memilih Physiogo

Sedang mencari pusat fisioterapi di Kuala Lumpur? Kini, anda boleh mendapatkan rawatan fisioterapi di cawangan Physiogo Kuala Lumpur yang terletak di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Atas inisiatif untuk menjadi pusat rawatan fisioterapi terbaik di Malaysia serta membantu masyarakat Malaysia mengekalkan tahap kesihatan, Physiogo sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi kualiti rawatan dan perkhidmatan fisioterapi.

Berikut adalah beberapa sebab utama kenapa anda perlu memilih Physiogo:

7 Sebab Memilih Pusat Fisioterapi Kuala Lumpur Physiogo

1. Kaedah Manual Technique Physiotherapy Teknik “Hands-On”

Physiogo menggunakan teknik manual technique physiotherapy atau lebih dikenali sebagai teknik “hands-on”.

Ia adalah teknik sentuhan tangan di mana juruterapi akan menyentuh dan ‘menguli’ bahagian-bahagian badan terutamanya otot dan sendi untuk mengurangkan kesakitan dan mempercepatkan proses penyembuhan.

Teknik ini membantu bagi mengembalikan had upaya pergerakan pesakit, meregangkan otot dan juga membaik pulih keadaan otot seperti sedia kala.

2. Pengamalan Kaedah Saintifik

Di Physiogo, kami menjunjung tinggi ilmu sains untuk memberikan perkhidmatan rawatan kepada pesakit-pesakit kami. Kami hanya mengamalkan teknik-teknik rawatan fisioterapi yang berasaskan kajian ilmiah yang diperakui oleh saintis.

Ini bermakna segala rawatan, teknik, amalan serta khidmat nasihat daripada pakar-pakar kami telah dibuktikan secara klinikal.

3. Waktu Rawatan yang Fleksibel

Physiogo dibuka pada setiap hari, dari jam 9 pagi hingga 9 malam. Anda boleh pilih masa rawatan mengikut keselesaan dan jadual harian anda.

Anda hanya datang ke klinik mengikut temujanji yang telah dibuat serta boleh mendapatkan rawatan selepas waktu bekerja.

4. Juruterapi Khusus Untuk Wanita dan Lelaki

Physiogo mementingkan keselesaan pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan di pusat fisioterapi kami.

Selain bilik rawatan yang selesa serta kemudahan untuk berjumpa dengan juruterapi kami, Physiogo juga telah menetapkan setiap juruterapi untuk merawat pesakit mengikut jantina. 

Ini bermakna pesakit wanita hanya dirawat oleh juruterapi wanita dan pesakit lelaki hanya dirawat oelh juruterapi lelaki.

5. Ahli Terapi yang Terlatih dan Berkelulusan

Hanya ahli terapi yang berkelulusan sahaja layak untuk memberikan rawatan fisioterapi kepada pesakit. Oleh sebab itu, semua ahli fisioterapi Physiogo mempunyai kelulusan dalam bidang fisioterapi daripada institut pengajian tinggi di Malaysia.

Ini menjamin rawatan dan khidmat nasihat yang profesional dan menyantuni pesakit yang datang daripada latar belakang yang berbeza.

6. Lokasi Tempat Rawatan Yang Strategik

Pusat fisioterapi Kuala Lumpur Physiogo terletak di Wangsa Maju, Kuala Lumpur di alamat No. 39, Jalan Metrowangsa, Seksyen 2, 53300 Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Lokasi ini amat strategik dan mudah dijumpai. Kawasan premis juga senang dikunjungi.

Selain itu, pusat fisoterapi kami ini juga mempunyai pelbagai fasiliti yang lengkap dan selesa. Bilik rawatan yang luas juga disediakan bagi memastikan keselesaan anda.

7. Servis Fisioterapi Korporat

Physiogo bersedia untuk memberikan sesi rawatan dan perkongsian ilmu penjagaan kesihatan kepada pekerja syarikat anda.

Dengan perkhidmatan ini, ia bukan sahaja dapat meredakan apa-apa komplikasi yang dialami malah dapat memaksimakan potensi pekerja syarikat anda.

Physiogo juga mendapat kepercayaan sebagai panel PMCare, sebuah organisasi pengurusan penjagaan kesihatan yang utama di Malaysia.

Sekiranya anda sedang mencari tempat untuk konsultasi dan rawatan fisioterapi, hubungi kami hari ini.

Kebanyakan pesakit yang datang mendapatkan rawatan amat berpuas hati dan kini kembali dengan menikmati kehidupan yang lebih baik.

Waktu Operasi Physiogo Semasa PKPB

Berikutan pengumuman daripada kerajaan Malaysia mengenai perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kami ingin memaklumkan Physiogo beroperasi seperti biasa setiap hari daripada jam 9 pagi sehingga 6 petang. 

Untuk memastikan kesihatan dan keselamatan pesakit kami, kami telah menetapkan beberapa garis panduan yang perlu diikuti oleh pesakit dan pengiring yang berada di Physiogo. 

Berikut adalah garis panduan yang perlu diikuti:

  1. Wajib memakai pelitup muka
  2. Penjarakan fizikal
  3. Hanya pesakit sahaja dibenarkan masuk ke tempat rawatan
  4. Seorang pengiring sahaja dibenarkan jika pesakit memerlukan bantuan
  5. Sentiasa mencuci tangan dengan hand sanitizer

Hubungi kami di talian 0134871332 untuk maklumat lanjut.

Alamat Physiogo Kuala Lumpur:

No. 39, Jalan Metrowangsa, Seksyen 2, 53300 Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Tempah Temujanji Anda Dengan Physiogo

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *