Sudah menjadi lumrah bagi setiap ibu bapa untuk melihat bayi mereka membesar dengan sihat dan kuat. Walaupun bayi-bayi ini hanya mempunyai keupayaan mengawal pergerakan otot yang minimum, namun senaman fizikal yang betul adalah sangat penting untuk merangsang perkembangan motor anak –anak kecil ini.
.
Dan menurut seorang pakar pediatric dari Amerika Syarikat, Dr Meena Chintapalli, aktiviti fizikal memberi kesan positif dalam memastikan bayi ada mendapat tidur yang nyenyak dan menjadi lebih bersemangat untuk belajar dan mencuba sesuatu yang baru.
.
Oleh yang demikian, kami ingin berkongsi 5 jenis senaman fizikal untuk bayi-bayi kesayangan anda.
SENAMAN SIHAT UNTUK BAYI ANDA #1 : TUMMY TIME (1-4 BULAN)
✔️Baringkan bayi anda dalam keadaan meniarap.
✔️Tarik perhatian bayi dengan meletakkan mainan di hadapan.
✔️Aktiviti ini membantu menguatkan otot leher dan belakang bayi, selain merangsang bayi untuk berguling ke sisi.
✔️Biar sehingga 5-10minit.
SENAMAN SIHAT UNTUK BAYI ANDA #2 : GRIP EXERCISE (1-4 BULAN)
✔️Baringkan bayi anda di atas tilam.
✔️Letakkan jari telunjuk anda di tapak tangan bayi untuk merangsang bayi anda menggenggam.
✔️Dengan bantuan ibu jari anda, tarik tangan bayi sehingga lurus.
✔️Pastikan anda tidak menarik terlalu tinggi sehingga kepala bayi terangkat.
✔️Senaman ini membantu merangsang pergerakan tangan dan menggenggam
✔️Ulang sehingga 10 kali
SENAMAN SIHAT UNTUK BAYI ANDA #3 : CHEST CROSS (1-4 BULAN)
✔️Pegang kedua-dua tangan bayi di telapak tangan, bukak tangan mereka seluas-luasnya ke tepi.
✔️Kemudian rapatkan semula tangan mereka dengan menyilangkan kedua-dua tangan di atas dada.
✔️Senaman ini perlu dilakukan secara perlahan-lahan.
✔️Ulang semula pergerakan sehingga 10 kali
SENAMAN SIHAT UNTUK BAYI ANDA #4 : BICYCLE EXERCISE(3-4 BULAN)
✔️Dalam keadaan bayi baring di atas tilam, pegang kedua-dua kaki bayi.
✔️Kemudian bengkokkan sebelah kaki rapat ke dada, sementara luruskan lagi sebelah kaki.
✔️Senaman ini dapat membantu meransang otot di bahagian pinggul dan kaki.
✔️Ulang pergerakan tersebut bergilir-gilir sehingga sepuluh kali.
SENAMAN SIHAT UNTUK BAYI ANDA #5 : PULL-UP (5-6 BULAN)
✔️Baringkan bayi di atas tilam, pegang kedua-dua lengan bayi dan tarik bayi ke atas sehingga berada dalam keadaan duduk.
✔️Senaman ini dapat merangsangkan kekuatan leher dan abdomen bayi.
✔️Ulang sehingga 10 kali.
Jangan lupa untuk kongsikan kepada rakan-rakan anda supaya semua akan mendapat manfaatnya.