Nombor 5 tu, wajib anda tahu!!
“Aduhh!!! Lenguhnya belakang ni….”
Ini adalah rintihan yang selalu didengari bila di dalam pejabat.
Rutin bekerja di pejabat memerlukan kita duduk lama di atas kerusi dan pergerakan tangan yang repetitif.
Keadaan kerja yang tidak ergonomik boleh menyebabkan ‘work-related musculoskeletal disorder (WMSD)’ seperti lenguh di bahagian otot badan.
Berikut adalah 5 tips yang boleh diamalkan untuk mengelakkan lenguh badan ketika menggunakan komputer terlalu lama.
Tips mengelakkan lenguh badan ketika menggunakan komputer terlalu lama #1 : TULANG BELAKANG
Pastikan anda duduk dengan belakang anda dekat dengan tempat duduk dan anda boleh meletakkan bantal kecil di bahagian belakang anda.
Tips mengelakkan lenguh badan ketika menggunakan komputer terlalu lama #2 : TANGAN
Pastikan tangan anda berada dalam keadaan relaks, disokong oleh meja atau ‘armrest’ dan tidak jauh daripada papan kekunci.
Tips mengelakkan lenguh badan ketika menggunakan komputer terlalu lama #3 : MATA
Pastikan komputer berada sekurang-kurangnya jarak satu hasta di hadapan anda dan tinggi skrin adalah lebih kurang sama dengan mata anda.
Tips mengelakkan lenguh badan ketika menggunakan komputer terlalu lama #4 : KAKI
Kerusi anda perlu berada pada ketinggian yang sesuai dengan kaki dan meja kerja anda.
Tips mengelakkan lenguh badan ketika menggunakan komputer terlalu lama #5 : REHAT
Pastikan anda mengambil masa untuk berehat sekejap selama dalam 5 hingga 10 minit dalam tempoh satu jam dan pada masa yang sama lakukan beberapa senaman regangan.