Cara Hilangkan Sakit Bahu dan Leher Dengan Fisioterapi

cara hilangkan sakit bahu dan leher

Share This Post

Sakit bahu dan leher adalah masalah umum yang sering dialami oleh ramai orang sehingga mengganggu aktiviti seharian.

Keadaan ini berlaku kepada mereka yang menghabiskan banyak waktu di depan komputer atau melakukan aktiviti-aktiviti berat.

Terdapat cara hilangkan sakit bahu dan leher yang boleh anda ambil secara individu atau secara terapi fizikal iaitu fisioterapi.

Fisioterapi adalah salah satu kaedah yang berkesan untuk mengatasi dan menghilangkan sakit bahu dan leher.

Artikel ini akan menjelaskan cara hilangkan sakit bahu dan leher melalui rawatan fisioterapi.

Panduan Rawatan Fisioterapi yang Membantu

Tahukah anda, rawatan fisioterapi bukan sahaja untuk orang yang sakit kronik.

Rawatan fisioterapi boleh meningkatkan kesihatan anda dan membantu mengembalikan fungsi fizikal pesakit. 

Oleh itu, panduan di bawah dapat membantu anda dan anda tidak perlu menunggu sehingga cedera teruk untuk dapatkan rawatan ini.

●   Konsultasi dengan Fisioterapi

rawatan fisioterapi

Langkah pertama yang anda perlu ambil adalah dengan berunding dengan fisioterapi seperti di Physiogo.

Ahli fisioterapi di Physiogo akan melakukan penilaian menyeluruh terhadap keadaan anda untuk memahami punca sakit bahu dan leher anda.

Penilaian ini akan merangkumi pemeriksaan fizikal dan perbincangan tentang sejarah perubatan anda.

●   Dapatkan Program Terapi yang Sesuai

rawatan fisioterapi

Setelah penilaian selesai, ahli fisioterapi di Physiogo akan merancang program terapi yang sesuai dengan keperluan anda.

Program tersebut direka khas untuk melegakan ketegangan otot, meningkatkan fleksibiliti, dan mengurangkan kesakitan.

Di Physiogo, pelbagai teknik fisioterapi dapat dilakukan seperti;

  • Manual Therapy
  • Exercise Therapy
  • Heat and Electrotherapy

●   Latihan Postur yang Betul

cara hilangkan sakit bahu dan leher

Di Physiogo, ahli fisioterapi akan membantu anda memahami kepentingan postur yang betul.

Untuk pengetahuan anda, postur yang lemah boleh menyebabkan ketegangan berulang pada bahu dan leher.

Ahli fisioterapi akan memberi panduan dan latihan mengenai cara duduk, berdiri dan bekerja dengan postur yang baik.

●   Pemantauan dari Pakar

Semasa terapi fizikal, ahli fisioterapi akan memantau perkembangan anda dengan kerap.

Jika terdapat masalah atau ketidakselesaan semasa rawatan, mereka akan membuat pelarasan semula mengikut keperluan.

●   Konsisten Mengikut Terapi

Antara perkara penting yang harus anda lakukan untuk dapatkan cara hilangkan sakit bahu dan leher adalah konsisten.

Konsisten anda dalam mengikuti rawatan fisioterapi yang telah ditetapkan akan mendapat hasil yang baik.

Pastikan juga anda sampaikan sebarang perkembangan atau perubahan keadaan anda kepada ahli fisioterapi anda.

Kesimpulannya, jangan biarkan kesakitan bahu mengganggu aktiviti harian anda.

Hal ini kerana, kebiasaannya kecederaan tersebut boleh dipulihkan dengan mudah.

Fisioterapi kami di Physiogo akan membantu anda dengan menggunakan teknik manual terapi di mana teknik rawatan ini membantu pesakit mengatasi rasa sakit.

Selain itu, teknik rawatan physiogo ini juga dapat melembutkan otot, melancarkan peredaran darah dan penambah baik pergerakan sendi.

Baca Juga: Masalah Sakit Yang Perlukan Rawatan Fisioterapi

Tips Hilangkan Sakit Bahu dan Leher Secara Individu

Selain mendapatkan rawatan fisioterapi, anda juga boleh ikuti senaman berikut untuk melegakan sakit bahu dan leher.

●   Regangan Leher dan Bahu

cara hilangkan sakit bahu dan leher

Regangan adalah salah satu cara yang berkesan untuk meredakan sakit bahu dan leher.

Regangan ini membantu untuk melegakan ketegangan di leher.

Anda boleh cuba beberapa regangan sederhana seperti berikut;

  • Duduk atau berdiri dengan posisi tegak.
  • Kemudian, condongkan kepala anda ke sisi, tahan selama 15-30 saat, dan ulang perbuatan yang sama ke sisi lain.

Regangan bahu amat membantu untuk mengendurkan otot-otot bahu yang tegang. 

  • Genggam tangan kanan dengan tangan kiri di belakang punggung anda.
  • Tarik tangan kanan anda ke bawah dan tahan selama 15-30 saat.
  • Ulang dengan tangan kiri.

●   Melakukan Pemanasan

Tahukah anda, pemanasan yang betul harus dilakukan dengan baik sebelum melakukan aktiviti yang berat seperti bersenam dan bersukan.

Ini membantu anda agar terhindar daripada kecederaan otot yang menyebabkan sakit bahu dan leher.

Namun, jangan dilupakan bahawa setelah melakukan aktiviti tersebut, pastikan anda turut melakukan penyejukan badan untuk meredakan ketegangan otot.

●   Perubahan Posisi

cara hilangkan sakit bahu dan leher

Jika anda seorang pekerja yang sentiasa bekerja di depan komputer atau meja sepanjang hari, perubahan posisi secara teratur amat penting.

Anda harus sering berdiri, berjalan, dan meregangkan tubuh badan anda.

Ini adalah kerana, perubahan posisi tubuh badan menghindari tekanan yang berlebihan pada bahu dan leher.

●   Gunakan Bantal yang Sesuai

Pastikan anda tidur dengan bantal yang sesuai untuk menyokong leher anda dengan baik.

Kebiasaannya, bantal yang dipilih harus sederhana tinggi untuk merehatkan tulang dan otot leher.

Anda juga digalakkan supaya tidak tidur dalam posisi meniarap.

Ia untuk mengelakkan tengkuk berada dalam kedudukan ‘rotation and lateral flexion’ untuk jangka masa lama.

●   Mendapatkan Rehat yang Cukup

Ketika anda merasakan sakit pada bahu dan leher, jangan was-was untuk memberi tubuh anda rehat yang cukup.

Tidur dan rehat yang cukup akan membantu tubuh anda pulih dan mempercepatkan proses pemulihan.

Physiogo

Kesimpulannya, disamping rawatan fisioterapi anda juga digalakkan untuk membuat senaman bagi bahu dan leher.

Antara rawatan-rawatan lain yang anda boleh dapat di Physiogo adalah:

  • Neck Problems
  • Shoulder Problems
  • Back Problems
  • Knee Problems
  • Stroke Patients
  • Sport Injuries

Oleh itu, jangan biarkan kesakitan anda berlarutan.

Dapatkan rawatan segera di Physiogo dan ucapan selamat tinggal kepada masalah sakit bahu dan leher anda!

Kami di Physiogo sedia membantu anda.

More To Explore

Sakit Sendi: Kenali Tanda & Gejala Arthritis

Sakit sendi dan arthritis berkait rapat kerana arthritis merupakan satu jenis penyakit yang menyebabkan keradangan pada sendi-sendi. Apabila seseorang mengalami arthritis, biasanya mereka akan mengalami

💬 Need help?
Scan the code