Cedera Tulang Bahu: Punca, Simptom, dan Rawatan

tulang bahu

Share This Post

Mengalami kecederaan tulang bahu boleh menyebabkan kesakitan dan pengurangan pergerakan bahu.

Walaupun saiznya kecil, tulang bahu memainkan peranan yang sangat penting dalam keseluruhan fungsi tubuh manusia.

Disebabkan itu, apabila berlakunya kecederaan pada bahagian tersebut, ia sangat mengganggu aktiviti harian hidup seseorang.

Dalam artikel ini, kami akan membincangkan punca-punca umum tulang bahu cedera, simptom yang timbul, dan kaedah rawatan.

Punca Cedera Tulang Bahu

tulang bahu

Terdapat pelbagai kemungkinan yang boleh menjadi punca kepada kecederaan tulang bahu.

Berikut adalah antara punca kepada kecederaan ini.

Ingat! Jangan ambil mudah apabila anda ada mengalami keadaan seperti ini.

●   Jatuh

Jatuh adalah salah satu punca utama kecederaan tulang bahu.

Semasa jatuh, seseorang mungkin cuba menahan dirinya dengan tangan sehingga menyebabkan kecederaan pada tulang bahu.

●   Kemalangan Kenderaan

Kemalangan kenderaan seperti kemalangan kereta, motosikal, atau basikal boleh mengakibatkan tulang bahu cedera.

Ini kerana, ketika kemalangan pasti akan berlaku hentaman kuat atau terjatuh dari kenderaan tersebut.

●   Aktiviti Sukan

Kecederaan tulang bahu sering berlaku semasa aktiviti sukan yang melibatkan pergerakan tangan yang kuat atau sentuhan fizikal.

Contohnya, permainan bola keranjang. Oleh itu, amat penting untuk lakukan pemanasan badan terlebih dahulu sebelum bersukan.

●   Beban Berat

Pekerjaan yang melibatkan mengangkat beban yang terlalu berat dan aktiviti fizikal berat boleh menyebabkan tulang bahu cedera.

Teknik yang salah juga boleh meningkatkan lagi risiko kecederaan bahu terutama di kawasan clavicle (collarbone) atau tulang bahu atas.

●   Usia Lanjut

Pada usia tua, tulang lebih rapuh dan tisu penghubung menjadi lebih terdedah kepada kecederaan.

Osteoporosis yang sering berlaku pada orang tua boleh menyebabkan tulang lebih mudah patah.

Disebabkan itu, kecederaan pada bahagian bahu boleh berlaku dengan lebih mudah pada orang yang lebih tua.

Artikel Berkaitan: Aktiviti Seharian Yang Cenderung Ke Arah Masalah Sakit Bahu

Simptom Cedera Tulang Bahu

tulang bahu

Cedera tulang bahu kebiasaannya dicirikan oleh simptom tertentu daripada simptom yang kelihatan dan tidak kelihatan.

Berikut adalah penjelasan yang lebih terperinci mengenai simptom tersebut.

Simptom yang Nampak pada Bahu Cedera

Salah satu simptom apabila berlaku kecederaan tulang bahu adalah perubahan dalam bentuk bahu tersebut.

Anda boleh melihat bahu seseorang kelihatan lebih berkotak sedikit daripada biasa.

Selain itu, simptom lain yang dapat dilihat adalah apabila melihat kedudukan lengan tidak berada pada kedudukan yang betul.

Kedudukan lengan yang tidak betul menjadi satu simptom kecederaan yang telah menyerang bahu seseorang.

Seterusnya, seseorang yang mengalami kecederaan tulang bahu ini juga turut mengalami simptom seperti benjolan, bengkak dan kebas di sekitar bahu.

Simptom yang Tak Nampak pada Bahu Cedera

Secara umumnya, antara simptom yang tidak kelihatan pada tulang bahu yang cedera semestinya perasaan nyeri dan sakit yang dirasai.

Selain itu, seseorang yang mengalami kecederaan tulang bahu ini biasanya akan sukar melakukan pergerakan lebih-lebih lagi untuk menggerakkan lengan mereka.

Oleh itu, jika seseorang terasa tegang dan kebas dari leher ke jari, ia mungkin merupakan simptom kecederaan tulang bahu.

Segeralah mendapatkan rawatan klinik atau pakai fisioterapi, terutama setelah mengalami kemalangan yang berat.

Pastikan tidak memaksa untuk menggerakkan bahu dan lengan apabila berlaku kemalangan.

Ini kerana ia berisiko merosakkan otot dan saraf di sekitarnya.

Rawatan Fisioterapi

rawatan fisioterapi

Untuk anda yang mengalami kecederaan pada tulang bahu, rawatan fisioterapi adalah yang terbaik.

Apa itu rawatan fisioterapi? Secara ringkasnya, fisioterapi adalah rawatan fizikal yang holistik bersama pesakit.

Ini bertujuan untuk memulihkan pergerakan dan fungsi anggota badan selepas pesakit mengalami kecederaan, penyakit atau ketidakupayaan.

Di Physiogo, mereka bukan sahaja memberikan rawatan fisioterapi yang terbaik, malah berusaha menyakinkan orang ramai betapa pentingnya rawatan ini.

Dengan ini, dapat mengelakkan ramai orang mengambil jalan mudah menggunakan produk yang tidak diiktiraf yang mungkin memudaratkan kesihatan mereka.

Ayuh lihat rawatan untuk kecederaan tulang bahu di Physiogo.

●   Checkup and Consultation

Pada mulanya, kami akan memeriksa bahu anda terlebih dahulu sekiranya itu adalah kali pertama anda mendapatkan rawatan di Physiogo.

Pemeriksaan ini dibuat agar dapat memberikan kami banyak pengetahuan tentang isu yang sedang anda hadapi.

Dengan teknik awal ini malah membolehkan kami menasihati pesakit tentang perkara yang perlu dielakkan.

●   Manual Therapy

manual therapy

Di Physiogo juga terdapat terapi manual yang sangat baik. Terapi manual ini membantu:

  • Menggerakkan tisu lembut dan sendi
  • Melegakan kesakitan
  • Meningkatkan fungsi otot
  • Meningkatkan mobiliti sendi

●   Heat and Electrotherapy

cedera tulang bahu

Selain itu, salah satu terapi yang ditawarkan di Physiogo ialah Heat and Electrotherapy atau terapi haba.

Pendekatan ini melegakan kesakitan di kawasan tertentu, mempercepatkan proses penyembuhan dan meningkatkan pergerakan nutrien dan oksigen ke sendi dan otot.

Paling istimewa, prosedur terapi haba ini mempunyai kesan menenangkan pada badan!

●   Exercise Therapy

Terapi senaman digunakan untuk menguatkan dan meregangkan otot di bahagian badan yang terjejas.

Ia boleh merawat sendi dan otot badan supaya pergerakan tidak lagi terhad.

Physiogo turut akan memastikan rawatan terapi senaman yang diambil berkesan untuk jangka panjang.

Kesimpulannya, anggota badan perlu dijaga dengan baik untuk mengelakkan sebarang masalah di masa hadapan.

Tubuh badan hendak digunakan untuk masa yang lama.

Jadi, jangan ambil mudah apa-apa masalah yang dirasakan terutama jika berlaku kecederaan pada tulang bahu.

Sayangi badan anda!

physiogo

Sekiranya anda ingin mendapatkan rawatan lanjut demi mendapatkan kesihatan yang lebih baik, anda boleh hubungi Physiogo, pakar fisioterapi anda.

More To Explore

Sakit Sendi: Kenali Tanda & Gejala Arthritis

Sakit sendi dan arthritis berkait rapat kerana arthritis merupakan satu jenis penyakit yang menyebabkan keradangan pada sendi-sendi. Apabila seseorang mengalami arthritis, biasanya mereka akan mengalami

💬 Need help?
Scan the code