Fisioterapi Sentul: Physiogo Bersedia Membantu Anda!

fisioterapi

Share This Post

Rawatan fisioterapi semakin popular di kalangan rakyat malaysia dan kini terdapat banyak pusat fisioterapi profesional di Malaysia. Salah satunya adalah cawangan Physiogo Sentul.

Fungsi utama ini adalah untuk membantu memulihkan pergerakan dan fungsi anggota badan yang terjejas akibat kecederaan, penyakit atau kehilangan upaya.

fisioterapi sentul

Kami di Physiogo terdiri daripada ahli fisioterapi yang berdedikasi dalam membantu pesakit memulihkan semula pergerakan anggota badan yang mengalami rasa sakit-sakit atau lenguh. 

Di dalam artikel ini, kami akan menerangkan kepada anda tentang apa itu fisioterapi, kelebihannya serta rawatan yang ditawarkan di Sentul Physiogo.

Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut!

Apa itu fisioterapi?

fisioterapi

Fisioterapi merupakan salah satu bidang perubatan yang bertujuan untuk memulihkan pergerakan anggota badan dan ia melibatkan ahli fisioterapi untuk melakukannya.

Kami membantu orang yang terjejas oleh kecederaan, penyakit atau hilang upaya melalui pergerakan dan senaman tertentu, terapi manual, pendidikan serta nasihat perubatan.

rawatan fisioterapi

Kami mengekalkan kesihatan untuk semua peringkat umur, membantu pesakit menguruskan kesakitan mereka dan mencegah penyakit untuk berlaku.

Profesion ini membantu menggalakkan pembangunan dan memudahkan pemulihan, 

Fisioterapi juga dapat membantu meningkatkan atau mengembalikan kualiti hidup seseorang.

Physiogo membantu memperbaiki pelbagai keadaan yang berkaitan dengan sistem badan yang berbeza, seperti:

  • Neurologi (strok, multiple sclerosis, Parkinson)
  • Neuromuskuloskeletal (sakit belakang, gangguan berkaitan whiplash, kecederaan sukan, arthritis)
  • Kardiovaskular (penyakit jantung kronik, pemulihan selepas serangan jantung)
  • Pernafasan (asma, penyakit pulmonari obstruktif kronik, fibrosis kistik).

Kelebihan fisioterapi

  • Menghilangkan dan mengurangkan sakit

teknik rawatan

Pesakit yang menghidap arthritis, ketegangan otot/terseliuh atau tendonitis akan mendapat banyak manfaat daripada menggunakan teknik dan senaman fisioterapi.

teknik rawatan

Ini kerana senaman tersebut membantu  melegakan ketegangan dan kesakitan otot serta menguatkan lagi otot yang terjejas supaya ia mampu berfungsi dengan biasa semula. 

  • Meningkatkan kekuatan dan koordinasi anggota badan 

teknik rawatan

Fisioterapi bukan sahaja berfaedah untuk mengurangkan kesakitan semasa dan selepas pembedahan, ia juga sangat membantu dalam meningkatkan kekuatan keseluruhan badan. 

Dan, ia juga membantu dalam penyelarasan kumulatif badan. 

  • Meningkatkan fungsi kardiovaskular dan kapasiti paru-paru

fisioterapi sentul

Bagi mereka yang telah mengalami strok, pembedahan selepas strok memerlukan penjagaan yang teliti dan program pemulihan yang efisien untuk kembali pulih. 

Pusat rehabilitasi menawarkan pesakit selepas strok jantung untuk mendapatkan semula pergerakan dan keseimbangan mereka.

Ia juga menawarkan senaman pernafasan yang membantu memulihkan kapasiti paru-paru dan aliran darah yang optimum dalam badan.

  • Kekal cergas

Usia yang meningkat boleh membawa bersama komplikasi tertentu yang menghalang gaya hidup seharian. 

Ini termasuk Rheumatoid Arthritis (RA), Osteoporosis, Sciatica, Dementia, sakit leher, sakit belakang, penggantian lutut. Namun,  semua penyakit ini boleh dikawal dan diuruskan oleh fisioterapi.

Jika anda atau mana-mana orang tersayang menghadapi masalah tua seperti ini, anda boleh cuba mendapatkan pemeriksaan di Sentul Physiogo.

  • Merawat dan mencegah kecederaan berkaitan sukan

kecederaan sukan

Fisioterapi sangat penting dan berguna bagi kecederaan sukan kerana ia menyediakan rawatan yang sangat khusus untuk meningkatkan daya tahan dan merawat kesakitan.

Antara kecederaan berkaitan sukan yang sering berlaku adalah seperti ACL tear, Golfers Elbow, hamstring strain dan sebagainya yang boleh menjejaskan pergerakan mereka.

Selain daripada kecederaan, ahli sukan dan atlet juga boleh mencegah sebarang kecederaan dengan senaman fisioterapi yang boleh meningkatkan peredaran dan menguatkan otot badan. 

Ini akan membantu meningkatkan fleksibiliti otot anda serta mencegah kecederaan sukan yang lain.

  • Meningkatkan kesihatan mental

Kesihatan mental seseorang boleh terjejas akibat kehilangan upaya. Ini kerana mereka tidak boleh melakukan rutin harian mereka seperti biasa dan kualiti hidup mereka juga terjejas.

Oleh itu, rawatan ini bertujuan untuk mengembalikan semula pergerakan mereka dan meningkatkan kualiti hidup mereka.

Rawatan-rawatan Fisioterapi Sentul Physiogo

Di Sentul Physiogo, terdapat pelbagai rawatan fisioterapi yang ditawarkan. Antaranya adalah:

  • Manual therapy

manual therapy

manual therapy

Manual therapy merupakan teknik rawatan Physiogo untuk membantu pesakit atasi sakit, melembutkan otot, melancarkan peredaran darah dan penambahbaik pergerakan sendi. 

Ini bertujuan untuk membantu pesakit keluar dari belenggu sakit badan dan meningkatkan pergerakan sendi yang terhad. 

Keseluruhannya, rawatan ini membantu pesakit melakukan aktiviti dengan lebih selesa dan produktif.

  • Exercise therapy

fisioterapi sentul

Exercise therapy bertujuan untuk meregangkan dan menguatkan otot pesakit bagi mengurangkan keterbatasan pergerakan pesakit dengan melakukan senaman tertentu.

  • Heat and electrotherapy

rawatan fisioterapi

Rawatan ini menggunakan haba untuk mempercepatkan proses penyembuhan, merawat kecederaan tisu lembut, merawat keradangan serta melegakan dan melembutkan otot.

Heat and electrotherapy ini juga dapat meningkatkan pergerakan nutrien dan oksigen ke sendi dan otot-otot anda.

  • Checkup & consultation

klinik fisioterapi

Checkup & consultation di Physiogo dapat memberikan anda maklumat lanjut tentang masalah yang dihadapi serta mengelak daripada masalah anda menjadi lebih teruk.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai kelebihan fisioterapi ini serta rawatan yang ditawarkan di Sentul Physiogo.

Jika anda sedang mencari pusat fisioterapi yang profesional dan efisien, Sentul Physiogo merupakan pilihan yang terbaik untuk anda!

physiogo

Selain daripada rawatan utama, kami juga merupakan panel PMCare iaitu organisasi pengurusan kesihatan third party administrator (TPA) yang terkemuka di Malaysia. 

Oleh itu, anda tidak lagi perlu mengeluarkan kos yang banyak apabila anda mendapatkan rawatan di Physiogo!

Mengapa anda perlu memilih kami sebagai pusat rawatan fisioterapi #1 anda?

  •       Kami menawarkan rawatan fisioterapi yang profesional
  •       100% perawat berkelulusan
  •       Kami sudah berada di dalam industri fisioterapi sudah 5 tahun
  •       Rawatan mengikut keselesaan jantina

Tunggu apa lagi? Dapatkan rawatan fisioterapi bersama kami sekarang! 

Jika anda ada sebarang pertanyaan, anda boleh layari laman web kami di sini.

More To Explore

Sakit Sendi: Kenali Tanda & Gejala Arthritis

Sakit sendi dan arthritis berkait rapat kerana arthritis merupakan satu jenis penyakit yang menyebabkan keradangan pada sendi-sendi. Apabila seseorang mengalami arthritis, biasanya mereka akan mengalami

💬 Need help?
Scan the code