Skoliosis: Simptom, Cara Pencegahan dan Rawatan

skoliosis

Share This Post

Masalah tulang belakang seperti skoliosis bukan lagi perkara yang asing di telinga masyarakat di Malaysia.

Tulang belakang mempunyai bengkokkan semula jadi dan bengkokkan itu diperlukan untuk mengimbangi kedudukan badan, bergerak dan berjalan dengan betul.

Namun, jika tulang belakang membengkok secara berlebihan pada arah yang tidak betul, ia mungkin merupakan skoliosis.

Melalui X-ray, tulang belakang yang sepatutnya kelihatan lurus dengan sedikit bengkokan akan kelihatan seperti huruf S atau C.

Kali ini, kami akan kongsikan simptom skoliosis, cara pencegahan, rawatan skoliosis dan yang paling penting di manakan anda boleh dapatkan rawatan tersebut. 

Simptom Skoliosis

skoliosis

Sesiapa sahaja, tidak mengira umur boleh menghidap skoliosis bermula daripada kanak-kanak hingga dewasa. 

Selalunya, pada usia remaja dan belia, ianya tidak sakit tetapi biasanya kesakitan berlaku ketika alam dewasa terutamanya jika tidak dirawat. 

Antara simptom utama yang selalu diadu pesakit adalah kecacatan bentuk badan seperti penonjolan tulang bahu.

Selain itu, beberapa bahagian badan akan menjadi tidak sama rata seperti otot belakang, aras pinggul dan bahu serta kedudukan dan saiz payudara. 

Panjang jarak tangan di sisi badan kiri dan kanan tidak sama dan ia akan menjadikan baju yang dipakai kelihatan senget. 

Bukan itu sahaja, tulang rusuk di satu sisi akan menonjol dan menjolok ke hadapan. 

Apabila membongkok ke hadapan, terdapat penonjolan pada sebelah belakang yang boleh kelihatan. 

Dengan kebanyakan kes scoliosis, tulang belakang akan berputar atau berpusing, ditambah dengan ia melengkung dari sisi ke sisi. 

Ini menyebabkan tulang rusuk atau otot pada satu bahagian badan menonjol lebih ke luar daripada bahagian yang lain.

Cara Pencegahan 

skoliosis

Persoalan yang sering ditanya adalah bolehkah skoliosis dicegah?

Terdapat dua jenis skoliosis yang tidak boleh boleh dicegah iaitu skoliosis kongenital dan skoliosis neuromuskular. 

Skoliosis kongenital adalah kecacatan kelahiran yang berlaku pada awal kehamilan dan biasanya tidak ketara semasa lahir.

Jenis skoliosis ini biasanya muncul apabila kanak-kanak masih kecil, tetapi mungkin tidak berapa kelihatan sehinggalah meningkat di usia remaja.

Ianya lebih sukar dirawat berbanding jenis skoliosis yang lagi satu kerana vertebra itu tidak terbentuk seperti normal dan tiada cara pencegahan yang boleh dilakukan. 

  • Skoliosis neuromuskular berlaku akibat daripada keadaan lain seperti cerebral palsy dan kira-kira 75% daripada pesakit ini akan mengalami skoliosis tanpa kaedah pencegahan yang diketahui.
  • Skoliosis idiopatik membentuk lebih 80% daripada semua kes skoliosis dan merupakan bentuk yang paling biasa dilihat bagi skoliosis setakat ini. 

Terdapat kajian yang boleh mengenal pasti kanak-kanak yang berisiko tinggi untuk menghidap skoliosis dan yang telah didiagnosis dengannya. 

Pada peringkat awal skoliosis, terapi pencegahan nutrien dan senaman skoliosis boleh membantu kanak-kanak yang berisiko tinggi. 

  • Skoliosis De Novo, atau skoliosis degeneratif, selalunya boleh dicegah kerana ia disebabkan oleh trauma atau postur yang buruk dari semasa ke semasa. 

Bertahun-tahun memikul beg berat pada satu bahu boleh menyebabkan skoliosis degeneratif.

Cara mencegah terbaik adalah mengamalkan postur yang betul dan pastikan postur anda dijaga dengan baik. 

Selain itu, anda boleh kurangkan bebanan terhadap bahu dan tulang belakang anda. 

Anda juga perlu mengelakkan daripada menduduki satu posisi dalam waktu yang lama dengan berdiri atau berjalan setiap 30 minit. 

Rawatan Skoliosis

skoliosis

Majoriti kes skoliosis dewasa boleh ditangani tanpa pembedahan melalui pemerhatian berkala oleh doktor, ubat sakit tanpa preskripsi, dan fisioterapi. 

Dalam kebanyakan kes, doktor anda akan mengesyorkan beberapa bentuk terapi fizikal, untuk mengekalkan kekuatan dan melegakan kesakitan. Ini mungkin termasuk:

  • Berusaha untuk memperbaiki postur
  • Melakukan senaman berimpak rendah, seperti berenang
  • Regangan harian
  • Kekal aktif

Jika kesakitan tidak dihilangkan dengan ubat oral atau terapi fizikal, doktor anda mungkin mengesyorkan suntikan epidural (diberikan di sekitar saraf tunjang) atau blok saraf untuk kelegaan yang lebih berkesan.

Pembedahan diperlukan dalam beberapa kes skoliosis dewasa dan rawatan ini adalah pilihan terakhir kerana terdapat risiko komplikasi daripada pembedahan tulang belakang. 

Pembedahan mungkin dicadangkan atas sebab berikut:

  • Sakit yang teruk. 

Pembedahan mungkin diperlukan jika sakit belakang dan kaki akibat skoliosis menjadi teruk dan berterusan.

  • Ketidakseimbangan tulang belakang. 

Sama ada tulang belakang kekal seimbang adalah penting dalam menilai perkembangan skoliosis dan keperluan untuk pembedahan. 

Rawatan Fisioterapi Terbaik Skoliosis

Jika anda mempunyai ahli keluarga atau kenalan yang mengalami skoliosis, anda boleh menempah slot fisioterapi bersama kami di Physiogo. 

skoliosis

Kami, juruterapi di Physiogo, menyediakan rawatan yang tertentu bagi mengurangkan rasa sakit skoliosis dalam kalangan pesakit. 

Selain itu, kami juga merupakan panel PMCare iaitu organisasi pengurusan kesihatan third party administrator (TPA) yang terkemuka di Malaysia. 

Oleh itu, anda tidak lagi perlu mengeluarkan kos yang banyak apabila anda mendapatkan rawatan di Physiogo!

Antara sebab mengapa anda perlu membuat rawatan bersama kami adalah kerana kami sudah berpengalaman dalam bidang rehabilitasi dan fisioterapi melebihi daripada 5 tahun. 

Selain itu, kami juga menyediakan perkhidmatan rawatan secara peribadi iaitu one-to-one bersama juruterapi kami. Ini juga akan dibuat mengikut keselesaan jantina. 

Dalam pada itu, kami akan menggunakan peralatan rawatan yang lebih lengkap. 

Jadi, anda boleh membuat janji temu bersama kami mengikut masa yang bersesuaian. Pusat rawatan kami akan beroperasi pada setiap hari.

Klik pautan dibawah ini untuk menempah janji temu bersama kami, Physiogo

More To Explore

skoliosis
Uncategorized

Skoliosis: Simptom, Cara Pencegahan dan Rawatan

Masalah tulang belakang seperti skoliosis bukan lagi perkara yang asing di telinga masyarakat di Malaysia. Tulang belakang mempunyai bengkokkan semula jadi dan bengkokkan itu diperlukan

sakit tengkuk
Uncategorized

Sakit Tengkuk: Senaman Untuk Legakannya

Jika anda seorang yang sering menghadap laptop, pastinya akan ada masa anda merasakan tengkuk anda sakit.  Jika anda mengalami masalah ini, anda akan rasa sakit

💬 Need help?
Scan the code