Sakit Angin Ahmar Bukan Boleh Dibawa Main

angin ahmar

Share This Post

Ramai yang pernah dengar tentang angin ahmar ni tetapi selagi tak kena batang hidung sendiri atau orang terdekat, ramai yang tak ambil serius tentang penyakit ini.

Tahukah anda, menurut statistik oleh Badan Angin Ahmar Sedunia  (WSO) seorang daripada setiap empat orang akan diserang angin ahmar sekali dalam seumur hidup mereka.

Di Malaysia, angin ahmar atau juga dikenali sebagai strok merupakan penyebab ketiga berlakunya kematian khususnya dalam kalangan golongan warga emas.

Meskipun begitu, ini tidak bermakna orang muda boleh mengabaikan simptom penyakit ini. 

Kali ini, kami kongsikan tentang jenis-jenis angin ahmar, siapa yang berisiko untuk menghidapnya dan cara mengenal pasti gejala-gejala awal penyakit ini. 

Angin Ahmar dan Jenis-Jenisnya

jenis angin ahmar

Angin ahmar merupakan satu keadaan apabila berlakunya penyempitan salur darah atau salur darah pecah di bahagian otak.

Perkara ini membawa kepada pengurangan bekalan oksigen ke bahagian otak dan boleh menyebabkan sebahagian tisu otak menjadi rosak.

Terdapat bahagian-bahagian otak yang boleh mengalami kematian fungsi.

Otak kita mengendalikan semua perkara seperti pergerakan atau fungsi motor, pertuturan dan banyak lagi.

Bila seseorang menghidapi angin ahmar, terdapat fungsi-fungsi yang tidak lagi dapat dilakukan dengan lancar.

Dua jenis utama angin ahmar adalah:

angin ahmar utama

  1. Ischemic Stroke

Ischemic stroke berlaku apabila aliran darah ke otak terhalang (sempit atau tersumbat) yang boleh menyebabkan bekalan oksigen ke otak terjejas.

Walaupun hanya beberapa minit, kejadian ini boleh mengakibatkan sel otak mati.

Lazimnya, sebanyak 87% kes angin ahmar yang terjadi merupakan ischemic stroke.

  1. Hemorrhagic Stroke

Hemorrhagic stroke berlaku apabila salur darah arteri ke bahagian otak pecah.

Keadaan ini akan meningkatkan tekanan pada bahagian otak dan mengakibatkan sebahagian dari tisu otak rosak.

Risiko Penyumbang Angin Ahmar

Terdapat pelbagai faktor risiko yang boleh menyumbang kepada penyakit angin ahmar. Ada yang boleh dikawal dan ada yang tidak.

Faktor risiko yang tidak dapat dikawal adalah:

  • Jantina – Kes ini lebih kerap berlaku dalam kalangan kaum wanita berbanding kaum lelaki.
  • Umur – Semakin umur meningkat, semakin tinggi risiko untuk anda mendapat penyakit strok terutamanya apabila mencecah 65 tahun dan ke atas.
  • Sejarah keluarga – risiko angin ahmar boleh meningkat jika anda mempunyai isu kesihatan genetik seperti tekanan darah tinggi.

Faktor risiko yang boleh dikawal adalah:

  • Tekanan darah tinggi
  • Kencing manis
  • Paras kolestrol tinggi
  • Merokok
  • Berat badan berlebihan
  • Cara hidup sedentari (tidak aktif)
  • Tekanan & stres
  • Pemakanan tidak sihat – kurang serat & tinggi kandungan lemak
  • Minuman keras secara berlebihan

Faktor risiko angin ahmar yang boleh dikawal bermaksud perkara yang mampu diubah dan dibawah kawalan kita.

Tindakan-tindakan di atas boleh diambil sebagai langkah pencegahan sebelum anda terkena strok.

Artikel Berkaitan 

Ketahui Kenapa dan Punca Strok Menyerang

Gejala Awal Angin Ahmar Anda Perlu Tahu

Terdapat beberapa gejala awal strok yang anda perlu tahu tapi pastinya apabila sesuatu perkara seperti serangan angin ahmar, anda tidak mampu nak ingat gejala-gejala ini.

Oleh itu, cara mudah untuk anda ingat adalah dengan cara mengingati akronim BE FAST.

gejala angin ahmar

B = Balance (Keseimbangan) – Hilang keseimbangan, sakit atau pening kepala yang kuat tanpa sebab serta rasa celaru dan keliru.

E = Eyes (Penglihatan) – Penglihatan menjadi kabur secara tiba-tiba sama ada sebelah mata atau kedua-dua mata.

F = Face (Muka) – Muka mungkin boleh merasa kebas pada sesetengah bahagian, muka menjadi herot sebelah dan muka tidak sekata.

A = Arm (Lengan) – Tangan menjadi lemah sehingga tidak boleh diangkat atau tidak mampu memegang sesuatu objek.

S = Speech (Percakapan) – Percakapan tidak jelas di mana pesakit mungkin tidak boleh bercakap langsung, tidak faham percakapan, ayat tidak tersusun atau ayat tiada maksud.

T = Time (Masa) – Hubungi talian kecemasan atau terus ke hospital dengan segera kerana masa bagi pesakit strok sangat berharga.

Dengan mengesan gejala awal angin ahmar, anda mungkin dapat membantu dan menyelamatkan nyawa si penghidap.

Dapatkan Rawatan Fisioterapi Untuk Angin Ahmar Dengan PhysioGo

rawatan fisioterapi - angin ahmar

Bagi mereka yang diserang strok, salah satu rawatan yang mampu mengembalikan semula fungsi anggota badan yang terlibat adalah rawatan fisioterapi.

Kajian menunjukkan bahawa masa rawatan terbaik bagi pesakit strok adalah bermula dari hari pesakit diserang strok sehingga 6 bulan.

Fisioterapi dikelaskan sebagai salah satu rawatan rehabilitasi dan pelbagai program senaman yang boleh dijalankan oleh pesakit strok.

Selain itu, terdapat juga posisi pesakit strok serta mengalih dan mengangkat pesakit strok yang betul.

Dengan nasihat dan bantuan anggota fisioterapi, rawatan rehabilitasi ini mampu membantu memulihkan fungsi anggota badan pesakit.

Antara rawatan yang dijalankan oleh anggota fisioterapi adalah:

  1. Senaman regangan pada anggota badan yang untuk mengelakkan otot dan sendi menjadi keras (pergerakan terhad)
  2. Senaman menguatkan otot untuk kembalikan fungsi pergerakan anggota badan
  3. Neuromuscular Electrical Stimulation (NMES) untuk merangsang sensori
  4. Latihan Keseimbangan & Gait Training
  5. Penukaran posisi baring, duduk dan berdiri
  6. Koordinasi
  7. Pergerakan halus (fine movement)

senaman

Walaupun senaman-senaman ini boleh didapati di atas talian namun dinasihatkan untuk pesakit strok diperiksa terlebih dahulu oleh anggota fisioterapi.

anggota fisioterapi

Anggota fisioterapi akan membuat pemeriksaan menyeluruh supaya dapat memberikan rawatan yang sesuai dengan kondisi pesakit.

Hal ini kerana setiap pesakit mempunyai kondisi yang berbeza maka rawatannya juga perlu berbeza.

Jika anda mempunyai ahli keluarga atau kenalan yang mengalami angin ahmar, anda boleh mendapatkan rawatan fisioterapi dengan Physiogo.

physiogo

Juruterapi di Physiogo menyediakan rawatan fisioterapi yang tertentu bagi pesakit strok.

Kami juga merupakan panel PMCare iaitu organisasi pengurusan third party administrator (TPA) yang terkemuka di Malaysia.

Maka, kos yang anda perlu tanggung untuk dapatkan rawatan fisioterapi dengan kami dapat dikurangkan.

Kenapa anda perlu mendapatkan rawatan dengan kami?

Selain daripada menawarkan harga yang berpatutan, kami juga mempunyai pengalaman dalam bidang rehabilitasi dan fisioterapi melebihi 5 tahun.

Kami juga menawarkan rawatan secara peribadi iaitu one-to-one bersama juruterapi kami.

Dengan Physiogo, kami mengutamakan keselesaan pelanggan kami jadi anda boleh dapatkan rawatan mengikut keselesaan jantina anda.

Pusat rawatan kami beroperasi setiap hari dan membolehkan anda membuat temu janji sesuai dengan jadual harian anda.

Dapatkan rawatan fisioterapi untuk pesakit angin ahmar sekarang sebelum ia melarat.

More To Explore

Sakit Sendi: Kenali Tanda & Gejala Arthritis

Sakit sendi dan arthritis berkait rapat kerana arthritis merupakan satu jenis penyakit yang menyebabkan keradangan pada sendi-sendi. Apabila seseorang mengalami arthritis, biasanya mereka akan mengalami

💬 Need help?
Scan the code