Sakit Tapak Kaki: Alamak, Apa Kena Buat?

sakit tapak kaki

Share This Post

Simpulan bahasa Melayu selalu guna perkataan kaki seperti ‘kaki ayam’, ‘kaki bangku’ dan banyak lagi. Kenapa?

Sebab kaki merupakan tubuh badan yang paling kuat dan paling banyak digunakan oleh manusia.

Berjalan, berlari, melompat, semuanya menggunakan kaki.

Jadi, tak hairanlah kalau sakit kaki boleh “merosakkan” satu hari kita.

Tapi, pernahkah anda sakit tapak kaki?

Tahukah anda, sakit tapak kaki ini walaupun ramai anggap remeh, kalau dibiarkan, ia boleh melarat dan mengganggu aktiviti harian kita.

Jangan Abaikan Sakit Tapak Kaki

sakit tapak kaki

Sakit tapak kaki boleh merangkumi kecederaan kaki, keradangan dan sakit lain yang berlaku di kawasan telapak kaki.

Terdapat 3 masalah tapak kaki yang sering berlaku yang anda perlu berjaga-jaga.

  1. Kematu (Corn)

Kematu berlaku apabila terdapat lingkaran bulat daripada kulit yang menebal di jari kaki atau tapak kaki.

Kematu sebenarnya mekanisme yang dilakukan badan untuk mengatasi kemelecetan di kaki daripada berlaku.

Hammer toe, bunion atau faktor kasut yang tidak bersesuaian boleh terjadi sebab kematu berlaku.

  1. Ketuat Plantar

Ketuat plantar (verruca) sering muncul di tapak kaki – biasanya di kawasan yang menampung berat badan seperti tumit.

Ketuat ini boleh merebak ke kulit kerana tekanan daripada aktiviti-aktiviti seperti berjalan atau berdiri.

Ketuat yang muncul dalam kelompok dikenali sebagai kutil mosaik di mana ia bersifat keras, tebal dan leper.

Ketuat plantar juga mungkin mempunyai bintik-bintik hitam di atasnya, sama seperti kutil biasa.

Ketuat plantar yang disebabkan oleh virus HPV biasanya tumbuh subur di kawasan yang hangat dan lembap.

Anda boleh elakkan daripada terkena ketuat plantar dengan memakai kasut yang lebih terbuka semasa mengunjungi tempat yang basah seperti kolam renang.

  1. Plantar Fasciitis

Plantar fasciitis boleh menyebabkan rasa sakit di bahagian tengah tapak kaki atau bahagian bawah tapak kaki anda.

Sakit ini disebabkan oleh inflamasi yang yang berlaku di bahagian ligamen halus yang menghubungkan tumit dengan jari-jemari kaki.

Ia juga mungkin berlaku apabila ligamen plantar fascia menjadi tegang disebabkan sokongan kasut lemah, kerap berdiri, kenaikan berat badan atau masalah kaki yang lain.

Kondisi ini boleh menjadi parah bila-bila masa dan anda boleh mengalami sakit yang berbeza: dari ringan hingga sakit menyucuk.

Punca Sakit Tapak Kaki

Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan sakit kaki. Antaranya:

  1. Berat Badan

Seperti yang kita tahu, kaki perlu menampung berat badan kita.

Oleh itu, berat badan memainkan peranan yang penting dalam kesihatan kaki.

Berat badan yang berlebihan boleh memberikan tekanan kepada tapak kaki dan tumit.

Selain itu, mereka yang berlebihan berat badan lebih berisiko berlakunya gumpalan darah dan darah beku dalam urat dan arteri besar di kaki.

Wanita yang mengandung juga mempunyai risiko untuk menghadapi sakit kaki kerana apabila mengandung, berat badan akan bertambah.

Kedua golongan ini perlu mengambil berat tentang kesihatan kaki dan mengambil langkah berjaga-jaga seperti memakai kasut yang sesuai dan mengurangkan berat badan.

  1. Gaya Hidup

sakit tapak kaki

Gaya hidup perlu seimbang. Tidak boleh terlalu aktif dan tidak boleh tidak aktif langsung.

Atlet atau ahli sukan berisiko tinggi mendapat masalah sakit pada tapak kaki.

Hal ini kerana atlet memerlukan daya yang tinggi dan memberikan tekanan kepada kaki.

Risiko ini boleh meningkat jika aktiviti sukan dimulakan tanpa melakukan senaman panas badan dan regangan yang mencukupi.

Gaya hidup yang tidak sihat juga boleh menyebabkan sakit tapak kaki jika gaya hidup anda membawa kepada penambahan berat badan yang banyak.

  1. Faktor Kasut

faktor kasut

Penggunaan kasut yang tidak sesuai boleh menyebabkan sakit tapak kaki, ketuat dan banyak masalah kesihatan lain.

Jika anda memakai kasut yang tidak sesuai, anda boleh mengenakan tekanan yang tidak sama rata kepada kaki.

Perkara ini boleh meningkatkan kebarangkalian untuk mengalami sakit di bahagian tapak kaki.

Selain itu, pemakaian kasut tumit tinggi dengan kerap dan dalam jangka masa yang panjang boleh menyebabkan sakit tapak kaki.

Hal ini kerana kasut tumit tinggi meningkatkan tekanan pada bahagian depan tapak kaki.

Kasut yang tidak sesuai juga boleh menyebabkan ketuat dan kematu.

Baca Juga:

Kebas: Tanda-Tanda Ia Makin Melarat

Rawatan Fisioterapi Sakit Tapak Kaki

Nak rawat sakit tapak kaki ada banyak cara tetapi cara yang selamat dan baik untuk kesihatan adalah rawatan fisioterapi.

Hal ini kerana rawatan fisioterapi membantu mempercepatkan proses penyembuhan dan mengurangkan kemungkinan sakit daripada berulang.

Kalau anda dapatkan rawatan fisioterapi di pusat rawatan yang diiktiraf seperti Physiogo, anda tak perlu risau kerana rawatan anda diselia oleh ahli fisioterapi yang pakar dan bertauliah.

Kami; ahli fisioterapi di Physiogo akan melakukan penilaian pada kaki anda, membantu melegakan sakit, meningkatkan fleksibiliti dan kekuatan otot.

Rawatan fisioterapi boleh terdiri daripada rawatan ais atau haba, elektroterapi, urutan tisu lembut, taping, mobilisasi sendi otot dan senaman.

Kami juga akan memberikan nasihat dan didikan yang terperinci dan khusus bagi kesakitan yang anda hadapi.

Senaman yang akan dilakukan semasa sesi fisioterapi juga boleh membantu meningkatkan keseimbangan, kekuatan dan fleksibiliti.

Kalau anda mempunyai masalah sakit di bahagian tapak kaki seperti pada tumit anda, dapatkanlah rawatan dengan segera.

Yang paling penting, dapatkan rawatan dengan Physiogo!

Physiogo

PhysioGo memberikan servis rawatan pemulihan yang berkualiti, berkesan dan berasaskan kajian klinikal semasa.

Selain daripada sakit tapak kaki, kami juga merawat sakit belakang, sakit leher, bahu, lutut, kecederaan sukan dan banyak lagi.

Kami bukan sahaja menawarkan rawatan fisioterapi, malah kami juga merupakan panel bagi PMCare!

Ini bermaksud anda tidak lagi perlu mengeluarkan kos yang banyak bagi mendapatkan rawatan fisioterapi di Physiogo.

Mengapa anda perlu memilih kami?

  • Kami menawarkan rawatan fisioterapi yang profesional
  • Kami merupakan ahli fisioterapi yang berkelulusan
  • Kami sudah berada di dalam industri fisioterapi melebihi 5 tahun
  • Kami menyediakan bilik rawatan mengikut keselesaan jantina

Jangan biarkan sakit lutut anda mengganggu hari anda lagi.

More To Explore

pusat rehabilitasi

Perkara Wajib Anda Tahu Mengenai Pusat Rehabilitasi

Jika anda pernah mengalami kecederaan, penyakit atau menjalani pembedahan, anda akan dapati keupayaan untuk melakukan aktiviti harian mungkin akan terbatas. Pelbagai jenis penyakit dan kecederaan

💬 Need help?
Scan the code