Kaki Terseliuh: Punca & Cara Rawatan

kaki terseliuh

Share This Post

Kaki terseliuh merupakan satu kecederaan yang memang selalu orang ramai hadapi.

Tak kiralah anda aktif atau tidak, ada risiko untuk anda mengalami kecederaan ini.

Lebih-lebih lagi kerana kaki merupakan antara tubuh badan kita yang paling banyak kita gunakan.

Bila dah terjadi, dalam kesakitan tu kadang-kala kita tak terfikir macam mana nak rawat kaki terseliuh.

Jangan risau, kami akan kongsikan dengan anda bagaimana anda boleh rawat kaki terseliuh dengan mudah dan selamat serta macam mana kaki terseliuh boleh terjadi.

Definisi Kaki Terseliuh

Buku lali terseliuh berlaku apabila buku lali terpusing ke arah yang salah.

Kecederaan ini boleh menyebabkan tisu atau ligamen pada kawasan yang terseliuh koyak atau meregang.

Biasanya, apabila ada regangan pada pergelangan kaki atau ada ligamen yang memegang sendi buku lali terkoyak, kecederaan akan berlaku.

Ligamen merupakan elemen yang kuat, serat fleksibel yang menghubungkan tulang.

Tendon pula menyambungkan otot dan tulang.

Kedua-dua struktur ini mempunyai had regangan yang terhad untuk memastikan pergerakan sendi atau otot bergerak dalam keadaan yang dinamik dan stabil.

Sebab itulah apabila terdapat kecederaan pada kedua elemen ini, sakitnya bukan kepalang.

Walaupun kaki terseliuh adalah kecederaan biasa, kecederaan ini boleh mengganggu rutin harian kerana mobiliti serta pergerakan anda menjadi terhad.

Punca dan Simptom Kaki Terseliuh

kaki terseliuh

Banyak sebab anda boleh tercedera di bahagian buku lali.

Mereka yang bersukan yang banyak memerlukan pergerakan kaki adalah antara golongan yang berisiko tinggi.

Contoh sukan-sukan yang boleh menyebabkan kaki terseliuh adalah bola keranjang dan bola sepak.

Tapi jangan pula terus tak nak bersukan tau!

Bersukan itu bagus tapi perlulah berhati-hati ketika melakukan aktiviti fizikal.

Bukan orang yang bersukan sahaja, orang yang selalu memakai kasut tumit tinggi pun boleh terseliuh kaki kalau tersilap langkah.

Terseliuh juga boleh disebabkan oleh kemalangan.

Kecederaan terseliuh ini boleh berlaku pada mana-mana bahagian sendi tetapi kebanyakannya ia berlaku pada sendi buku lali dan lutut.

Macam mana nak tahu kaki anda terseliuh atau tak?

Anda mungkin menghadapi kaki terseliuh jika anda mempunyai simptom-simptom ini:

  • Kulit di sekitar pergelangan kaki lebam
  • Kesakitan berlaku semasa kecederaan dan selepas, apabila berjalan atau menggerakkan buku lali
  • Bengkak di sekitar pergelangan kaki
  • Kaki tidak boleh menampung berat badan
  • Rasa kebas di kaki yang mungkin disebabkan kecederaan pada saraf atau saluran darah
  • Tidak dapat memijak dengan baik

Boleh jadi juga kaki anda mengalami kecederaan lain selain daripada kecederaan pada ligamen.

Hal ini boleh disebabkan patah tulang di kawasan tersebut.

Ada juga gejala yang tidak disenaraikan di atas.

Jika anda mempunyai sebarang kegusaran dan kebimbangan tentang gejala-gejala kaki terseliuh, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan pakar kesihatan.

Kalau boleh, elakkan daripada membuat diagnosis sendiri tanpa nasihat doktor.

Baca Juga:

Fisioterapi Physiogo Berdekatan Anda

Rawat Kaki Terseliuh

rawat kaki terseliuh

Salah satu cara rawatan yang cepat dan mudah yang anda boleh lakukan adalah kaedah RICE.

Bahan yang diperlukan untuk merawat menggunakan kaedah RICE iaitu ais juga senang untuk didapati.

Sebelum tu, apa itu RICE?

RICE merupakan akronim kepada:

R = rest. Rehatkan kaki anda dan hentikan pergerakan buat sementara waktu.

I = ice. Letakkan ais pada pergelangan kaki, buku lali atau kawasan yang tercedera untuk mengurangkan bengkak dan keradangan.

C = compression. Berikan sedikit tekanan seperti dengan membalut dengan pembalut bagi mengurangkan bengkak dan sakit.

E = elevation. Pastikan kaki anda berada pada aras yang lebih tinggi untuk mengurangkan aliran darah supaya bengkak akan surut dengan lebih cepat.

Walaupun dengan kaedah RICE anda perlu balut, balut terlalu ketat boleh menyekat perjalanan darah ke kawasan yang dibalut.

Apabila darah tak sampai atau lambat sampai ke kawasan yang tercedera, makin lambat kaki anda yang tercedera nak pulih.

Kalau terlalu ketat sampai darah tak boleh lalu, kecederaan boleh jadi lebih parah sampai membahayakan seluruh kaki.

Jika anda mengalami kecederaan kaki terseliuh atau kecederaan yang disebabkan oleh aktiviti bersukan, rawatan terbaik adalah rawatan fisioterapi.

Nak tahu dekat mana anda boleh dapatkan fisioterapi yang boleh bantu anda memulihkan pergerakan dan kestabilan anda?

Dapatkanlah rawatan dengan Physiogo!

Semua teknik rawatan Physiogo berasaskan daripada kajian ilmuah yang diperakui oleh saintis dan dibuktikan secara klinikal.

Antaranya adalah terapi manual iaitu teknik ‘hands-on’ di mana juruterapi ‘menguli’ bahagian badan tertentu untuk kurangkan kesakitan dan mempercepat proses penyembuhan.

Physiogo turut mengutamakan keselesaan pesakit dengan menawarkan juruterapi khusus untuk lelaki dan wanita.

Seperti teknik rawatan di Physiogo, juruterapi Physiogo semuanya berkelulusan dan berkelayakan memberikan rawatan kepada pesakit.

Physiogo

Physiogo menawarkan waktu rawatan yang fleksibel di mana anda boleh pilih untuk dapatkan rawatan sama ada jam 9 pagi hingga 9 malam setiap hari.

Physiogo bersedia membantu anda yang mengalami sakit belakang, sakit leher, sakit bahu, sakit lutut, sakit pinggang dan kecederaan akibat sukan.

Pusat rawatan Physiogo adalah amat mesra pelanggan! Mereka menyediakan ruang khas untuk setiap pelanggan yang hadir untuk mendapatkan rawatan.

Physiogo juga sedia menerima tempahan untuk ke rumah anda!

Tunggu apa lagi?

More To Explore

pusat rehabilitasi

Perkara Wajib Anda Tahu Mengenai Pusat Rehabilitasi

Jika anda pernah mengalami kecederaan, penyakit atau menjalani pembedahan, anda akan dapati keupayaan untuk melakukan aktiviti harian mungkin akan terbatas. Pelbagai jenis penyakit dan kecederaan

💬 Need help?
Scan the code