Rasa kebas merupakan keadaan di mana seseorang mengalami kekurangan rasa (sensation).
Kebas biasanya berlaku disebabkan oleh iritasi saraf atau saraf periferi terhimpit.
Mana-mana bahagian badan boleh mengalami rasa kebas dan cirinya bergantung kepada jenis dan lokasi yang terlibat.
Lazimnya, rasa kebas lebih kerap dirasai pada hujung jari, tangan, tapak kaki, legan bahagian atas dan kaki.
Kali ini, kami akan kongsikan tentang rasa kebas yang biasa ramai rasakan di bahagian tangan dan simptom-simptom yang anda perlu awasi.
Punca Kebas
Terdapat pelbagai sebab dan punca kebas boleh berlaku. Antaranya:
- Kecederaan pada saraf akibat terlibat dalam kemalangan.
- Saraf periferi tertekan/terhimpit disebabkan oleh ‘herniated disc’ atau oleh osteophytes yang terbentuk hasil proses degeneratif.
- Jangkitan pada saraf periferi seperti kayap.
- Penyakit-penyakit seperti migraine, multiple sclerosis, epilepsi, strok, diabetes dan hypothyroidism.
- Saraf Median tertekan di kawasan pergelangan tangan (Carpal Tunnel Syndrome).
- Kekurangan vitamin dalam badan seperti kekurangan vitamin B12.
- Kerosakan saraf akibat bahan toksik seperti alkohol dan rokok.
Kebas Disebabkan Carpal Tunnel Syndrome
Carpal Tunnel Syndrome (CTS) bukanlah sejenis penyakit yang asing lagi dan kerap berlaku terutamanya dalam kalangan mereka yang banyak menggunakan pergelangan tangan.
Contoh pekerjaan tersebut adalah:
- Pemandu
- Tukang jahit atau pelukis.
- Pekerja kilang pemasangan yang memerlukan pergerakan pergelangan tangan.
- Pekerjaan yang melibatkan menaip di komputer seperti penulis atau bekerja di pejabat.
- Bersukan yang memerlukan pergerakan pergelangan tangan seperti bola jaring, badminton dan sebagainya.
- Pemuzik yang menggunakan pergerakan pergelangan tangan seperti pemain gitar dan piano.
Secara ringkasnya, CTS merupakan sejenis penyakit yang menjejaskan pergelangan tangan dan tapak tangan.
Keadaan ini membuatkan pesakit merasa kebas, kesemutan, rasa tajam atau mencucuk-cucuk dan rasa lemah di sepanjang pergelangan tangan sehingga ke lengan.
Saraf Median merupakan saraf yang mengawal rasa dan pergerakan tangan dan tapak tangan yang terlibat dengan CTS.
Apsbila saraf Median mengalami tekanan yang berpanjangan, CTS berlaku dan himpitan saraf ini berlaku dalam tempoh yang berbeza (minggu, bulan dan tahun) yang turut diistilahkan sebagai Cumulative Trauma Disorders.
Maksudnya, CTS tidak berlaku sejurus selepas sesuatu pergerakan yang dilakukan pada pergelangan tangan menghimpit saraf Median.
Tetapi, CTS berlaku apabila pergerakan ini berulang kali dilakukan dengan cara yang sama.
Selain itu, penyakit lain seperti hypothyroidism, rheumatoid arthritis dan diabetes boleh menyebabkan CTS.
Bukan itu sahaja, wanita mengandung juga didapati sering mendapat CTS kerana hormon mereka yang berubah dan mereka mengekalkan cecair dalam badan.
Perkara ini menyebabkan kawasan pergelangan bengkak dan menyebabkan carpal tunnel bertambah sempit.
Faktor-Faktor Risiko Carpal Tunnel Syndrome
Antara perkara yang meningkatkan risiko untuk menghidapi CTS adalah:
- CTS sering berlaku dalam kalangan wanita
- Keadaan yang merosakkan saraf seperti penyakit kencing manis yang boleh meningkatkan risiko kerosakan saraf
- Keradangan seperti rheumatoid arthritis yang boleh menjejaskan tendon (urat tebal yang menyambung otot dengan tulang) di pergelangan tangan.
- Perubahan dalam keseimbangan cecair dalam badan
- Situasi tertentu seperti menopaus, kegemukan, gangguan tiroid dan kegagalan buah pinggang.
- Faktor di tempat kerja seperti bekerja dengan alat yang bergetar
Tanda-tanda Kebas Melarat Kerana Carpal Tunnel Syndrome
Jika anda mengalami kebas, kesemutan, rasa lemah dan sakit di bahagian jari dan telapak tangan, mungkin ianya disebabkan oleh CTS.
Sesetengah orang mungkin merasai kesakitan melarat hingga ke bahagian lengan dan siku mereka.
Gejala-gejala ini biasanya berlaku di bahagian ibu jari, jari telunjuk, jari tengah dan sebahagian daripada jari manis.
Jika anda merasakan kebas, kesemutan atau lemah di bahagian jari-jari anda kecuali jari kelingking, ada kemungkinan yang anda mengalami masalah CTS.
Anda juga perlu awasi jika anda merasakan sakit di kawasan pergelangan tangan yang mana kesakitan ini meningkat pada waktu malam sehingga mengganggu tidur.
Kadangkala, kesakitan ini juga berlaku pada waktu pagi.
Kesakitan ini juga boleh berlaku semasa melakukan aktiviti seperti menulis, menaip dan mengemas rumah.
CTS juga boleh melarat sehingga mengganggu pergerakan tangan anda.
Apa Perlu Anda Lakukan Jika Anda Mengalami Kebas?
Jika anda kerap mengalami kebas dan untuk jangka masa yang panjang, anda dinasihatkan untuk merujuki pakar kesihatan.
Tidak kiralah di mana bahagian badan pun, sama ada pada tangan, kaki atau anggota lain.
Lazimnya, kebas boleh dirawat tetapi anda perlulah mengambil tindakan awal sebelum ia melarat menjadi lebih parah.
Antara rawatan fisioterapi yang mampu bantu mengelakkan CTS dan implikasinya adalah seperti berikut:
Rawatan secara pasif
- Pain relief
- Modaliti haba, sejuk dan pulsed ultrasound
- Pemakaian night splint akan dapat mengurangkan simptom semasa tidur
- Pemakaian working splint membantu untuk mengurangkan simptom semasa melakukan kerja-kerja seharian
- Teknik Terapi Manual (Urutan)
Rawatan secara aktif
- Senaman regangan
- Senaman mobiliti
- Senaman kekuatan
Artikel berkaitan
Jika anda atau kenalan anda mengalami masalah kekebasan di mana-mana pun anggota badan anda, dapatkan rawatan fisioterapi dengan Physiogo.
Juruterapi di Physiogo menyediakan rawatan fisioterapi yang tertentu bagi pesakit angin ahmar.
Kami juga merupakan panel PMCare iaitu organisasi pengurusan third party administrator (TPA) yang terkemuka di Malaysia.
Maka, kos yang anda perlu tanggung untuk dapatkan rawatan fisioterapi dengan kami dapat dikurangkan.
Kenapa anda perlu mendapatkan rawatan dengan kami?
Selain daripada menawarkan harga yang berpatutan, kami juga mempunyai pengalaman dalam bidang rehabilitasi dan fisioterapi melebihi 5 tahun.
Kami juga menawarkan rawatan secara peribadi iaitu one-to-one bersama juruterapi kami.
Dengan Physiogo, kami mengutamakan keselesaan pelanggan kami jadi ana boleh dapatkan rawatan mengikut keselesaan jantina anda.
Pusat rawatan kami beroperasi setiap hari dan membolehkan anda membuat temu janji sesuai dengan jadual harian anda.