Aduh… Sakit Bahu Menyerang (Ini Puncanya & Rawatannya)

sakit bahu

Share This Post

Lenguh dan sengal-sengal badan merupakan masalah yang sering dialami oleh ramai orang. Tahukah anda, jika sengal di bahu dibiarkan berlarutan, ia boleh menjadi sakit bahu yang kronik.

Bagi yang pernah mengalaminya akan merasa sakit, rasa pedih atau tidak selesa di bahagian bahu dan leher. Ia boleh menyebabkan pergerakan bahu menjadi terbatas.

Ramai pesakit hanya menyangka ia sekadar sengal biasa dan beranggapan ia akan pulih dengan sendiri.

sakit bahu

Sendi bahu merupakan salah satu sendi yang kompleks. Ia mengawal pelbagai pergerakan dilakukan di bahagian bahu dan tangan.

Ia boleh menyebabkan frozen shoulder atau bahu beku. Ia berlaku apabila bahu menjadi keras atau membeku berpunca dari keradangan pada kapsul atau kantung bahu.

Bersama kita ketahui punca dan simptom sakit bahu dengan lebih jelas. Kemudian, cara rawatan sakit akan dikongsikan sebagai panduan anda.

Punca sakit bahu

punca sakit bahu

Sakit pada bahu boleh berlaku disebabkan beberapa faktor. Antaranya ialah:

1. Faktor usia 

Ia sering berlaku di kalangan golongan berusia, antara 40 hingga 60 tahun.

2. Jantina 

Mengikut laporan, kes ini sering berlaku di kalangan wanita berbanding lelaki

3. Kesan kecederaan lalu atau pernah menjalani pembedahan

Individu yang pernah mengalami kecederaan pada bahu berisiko untuk menghidapi kesakitan bahu.

Selepas menjalani pembedahan bahu, kapsul sendi bahu berisiko untuk menjadi keras atau kaku.

Tonton video di bawah tentang pengalaman seorang pemuda yang mengalami kemalangan dan rawatan yang dia ambil.

4. Menghidap lain-lain penyakit

Terdapat penyakit lain yang boleh meningkatkan risiko sakit bahu. Penghidap diabetes berisiko tinggi untuk mengalami sakit ini. 

Selain itu, penghidap penyakit sistemik seperti sakit jantung dan Parkinson juga terdedah kepada risiko untuk mengalaminya. 

5. Aktiviti yang memberi tekanan pada bahu

Stres boleh berlaku jika pesakit sering membawa barang berat. Aktiviti berat boleh memberi tekanan pada bahu lalu menyebabkan ia sakit.

6. Sebab-sebab lain

Terdapat juga punca daripada perkara-perkara lain

Antaranya seperti masalah postur badan, rotator cuff disorder, ketidakstabilan bahu dan masalah hypermobility.

Simptom

Gejala yang paling jelas sekali ketika sakit ini berlaku adalah kesukaran untuk menggerakkan tangan dan bahu.

Terdapat juga simptom lain seperti:

– Sakit ketika menggerakkan tangan dan bahu

– Bunyi tulang berlaga

– Sakit dan kejang di bahu

– Kesakitan berterusan dan dirasai ketika berehat dan tidur

– Aktiviti harian terganggu kerana pergerakan terbatas

Rawatan yang sesuai

Rawatan awal boleh membantu mengurangkan sakit pada bahu dan mengelakkan dari ianya melarat.

Antara cara-cara efektif bagi merawat kesakitan pada bahu ialah:

1. Kurangkan aktiviti berat dan banyakkan rehat

Jika anda sedang mengalami sakit, kurangkan aktiviti yang memberi beban pada bahu.

Aktiviti yang memerlukan gerakan melebihi paras kepala boleh memberi kesan buruk pada bahu.

Aktiviti yang mengangkat bebanan berat seperti tekan tubi lantai juga boleh memberi tekanan pada bahu. Oleh itu, anda perlu berehat secukupnya.

2. Senaman secara berkala

senaman regangan sakit bahu

Senaman regangan dan kekuatan perlu dilakukan secara berkala. Ia bagi memastikan ketahanan dan fleksibiliti otot bahu. Ia juga boleh melembutkan sendi bahu.

Teknik urutan juga boleh dilakukan. Untuk memastikan cara urutan yang betul, anda boleh rujuk teknik urutan bahu yang dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. 

3. Tuam dengan ais

Image result for ice shoulder

Ais dapat membantu meredakan keradangan pada sendi dan mengurangkan sakit pada bahu.

Ia juga dapat membantu melancarkan pergerakan sendi dan menguatkan otot.

Jika bahu anda bengkak dan sedang berlaku keradangan, tuam dengan ais. Letak ais dalam tuala dan tuam di bahu dan leher.

4. Balut dengan bandage

Image result for ice shoulder

Sekiranya bahu anda masih lagi bengkak selepas dituam dengan ais, balut dengan elastic bandage. Ia bagi melancarkan sistem pengaliran darah.

5. Rawatan fisioterapi

Image result for shoulder physiotherapy

Terdapat pelbagai rawatan fisioterapi yang terbukti berkesan bagi merawat sakit pada bahu. Anda boleh dapatkan rawatan fisioterapi di PhysioGo untuk kesan yang terbaik.


PhysioGo

PhysioGo menawarkan perkhidmatan fisioterapi untuk pelbagai jenis rawatan. Antaranya ialah rawatan untuk sakit belakang, slip disc, leher, sakit lutut dan strok.

Semua ahli fisioterapi di PhysioGo merupakan ahli terapi bertauliah dan berkelulusan dari universiti tempatan dalam bidang Fisioterapi. Oleh itu, anda tidak perlu ragu-ragu untuk mendapatkan rawatan dari pakar yang diiktiraf.

Anda juga boleh mengetahui lebih lanjut tentang rawatan yang sesuai.

More To Explore

Sakit Sendi: Kenali Tanda & Gejala Arthritis

Sakit sendi dan arthritis berkait rapat kerana arthritis merupakan satu jenis penyakit yang menyebabkan keradangan pada sendi-sendi. Apabila seseorang mengalami arthritis, biasanya mereka akan mengalami

💬 Need help?
Scan the code