Sakit sendi dan arthritis berkait rapat kerana arthritis merupakan satu jenis penyakit yang menyebabkan keradangan pada sendi-sendi.
Apabila seseorang mengalami arthritis, biasanya mereka akan mengalami kesakitan, bengkak, dan kekakuan di sendi-sendi tertentu.
Oleh itu, sakit sendi sering kali merupakan salah satu gejala yang menonjol pada individu yang menghidap arthritis.
Jika anda sering mengalami sakit sendi, jangan ambil ringan. Ikuti artikel ini untuk memahami lebih lanjut tentang arthritis.
Apakah Arthritis?
Arthritis atau radang sendi merupakan keadaan radang yang berlaku dalam sendi-sendi, yang mengakibatkan rasa sakit, pembengkakan, dan kekakuan pada sendi tersebut.
Ia boleh menyebabkan kesakitan yang kronik, pembengkakan, dan kecacatan jika tidak dirawat dengan sewajarnya.
Arthritis boleh menjadi punca kesakitan yang kronik dan mengganggu aktiviti harian.
Tanda Dan Gejala Arthritis
1. Sakit sendi (seperti pada lengan, pergelangan tangan, jari-jari, pergelangan kaki, lutut, pinggul, dan bahagian bawah tulang belakang), terutamanya semasa dan selepas aktiviti.
2. Pembengkakan di sekitar sendi, dan dalam osteoartritis, terdapat pembengkakan yang tegang di sekeliling sendi.
3. Kekakuan pada sendi.
4. Kesakitan di sekitar sendi.
5. Deformiti.
6. Bunyi kerikil semasa bergerak (dalam osteoartritis).
7. Pengurangan saiz otot (terutama otot peha pada arthritis sendi lutut).
8. Pergerakan dan fungsi sendi yang terhad serta kurang efisien (Kesukaran dalam melakukan tugas tertentu, sakit menjadi lebih teruk apabila terlalu banyak bergerak).
Jenis-Jenis Arthritis
Terdapat beberapa jenis arthritis yang berbeza.
- Osteoarthritis (OA)
- Jenis arthritis yang paling umum diderita
- Disebabkan oleh sendi yang telah haus
- Kerap berlaku di kalangan golongan tua
- Kesakitan bertambah ketika bergerak
- Rheumatoid Arthritis (RA)
- Lebih umum di kalangan wanita
- Disebabkan oleh keadaan autoimun di mana sistem imun badan menyerang sendi sendiri dengan menghasilkan antibodi
- Menyebabkan kekakuan sendi pada waktu pagi
- Kekakuan mengambil masa lebih dari 30 minit untuk berkurang pada waktu pagi
- Sendi yang terlibat termasuk jari, pergelangan tangan, tangan, dan kaki
- Arthritis Yang Disebabkan Jangkitan Kuman
- Jenis arthritis ini disebabkan oleh kuman
- Biasanya menyerang satu sendi sahaja
- Biasanya disertai demam dan menggigil
- Gout
- Disebabkan oleh asid urik yang mendap di dalam sendi-sendi
- Lebih biasa menyerang lelaki pada pertengahan umur
- Lebih biasa menyerang pangkal ibu jari kaki.
Faktor Risiko Arthritis
Beberapa faktor yang mungkin meningkatkan risiko mendapat arthritis, termasuk:
- Usia yang meningkat.
- Sejarah keluarga dengan penyakit arthritis.
- Berat badan berlebihan, terutamanya bagi mereka yang mengalami osteoarthritis lutut.
- Kecederaan sendi yang serius, seperti yang berlaku semasa bersukan.
- Pekerjaan yang melibatkan tugas-tugas yang boleh menyebabkan tekanan berlebihan pada sendi.
Arthritis bukan sekadar penyakit biasa.
Ia menyebabkan kesakitan yang mengganggu, kemerahan, pembengkakan, dan kekejangan pada sendi sehingga menjejaskan kualiti hidup.
Bagaimana Fisioterapi Membantu?
Fisioterapi merupakan langkah penting yang perlu diambil secepat mungkin untuk memulihkan pergerakan sendi, meningkatkan kekuatan otot, mengurangkan kesakitan, dan mencegah kehilangan keupayaan yang berlarutan.
Semua pesakit disarankan untuk mengambil bahagian dalam program senaman yang disyorkan untuk menggerakkan sendi-sendi dan menguatkan otot-otot di sekelilingnya.
Physiogo ada menyediakan rawatan fisioterapi untuk mengurangkan kesakitan, meningkatkan pergerakan, dan meningkatkan kekuatan otot di sekitar sendi yang terjejas.
Physiogo komited sepenuhnya untuk membantu pesakit yang menghadapi pelbagai masalah kesihatan seperti:
- Kesihatan Warga Emas (Kanser, arthritis, Osteoporosis, penyakit Alzheimer, pembedahan penggantian sendi (terutamanya lutut), masalah keseimbangan badan semasa pergerakan)
- Sakit Belakang
- Sakit Bahu
- Sakit Leher
- Sakit Lutut
- Kecederaan Sukan
- Pesakit Strok
- Kesihatan Kanak-Kanak
Kami menawarkan sokongan khusus dan rawatan fisioterapi yang disesuaikan untuk individu.
Bagi pesakit arthritis, Physiogo ada intervensi fisioterapi yang berfokus untuk mengurangkan kesakitan, mengurangkan keradangan, dan meningkatkan fungsi sendi.
Jangan abaikan tanda dan gejala arthritis, pertimbangkan rawatan fisioterapi untuk pemulihan dan pencegahan.