Sakit Tapak Kaki: Segera Rawat Sebelum Terlambat!

sakit tapak kaki

Share This Post

Terdapat jenis sakit-sakit kecil yang boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lebih besar jika tidak dirawat seperti sakit tapak kaki.

Ramai orang meremehkan perkara ini kerana menggangap ia adalah satu sakit yang biasa dan tidak perlu diambil berat atau diberi perhatian.

Jika anda salah seorang yang buat begini, anda berada di tempat yang betul kerana kami akan menerangkan kepada anda semua tentang sakit tapak kaki supaya anda lebih cakna.

Teruskan membaca artikel ini untuk mendapat maklumat yang berfaedah.

7 Jenis Masalah Sakit Tapak Kaki

sakit tapak kaki

Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai jenis masalah sakit tapak kaki. Kami akan menerangkan 7 contoh kepada anda di bahagian ini.

1. Sakit Tumit

Ini merupakan salah satu kawasan yang sangat biasa dialami oleh ramai orang kerana disebabkan pelbagai perkara.

Antara perkara yang boleh menyebabkan masalah ini adalah lebihan tulang yang tumbuh, memakai saiz kasut salah, postur badan yang tidak betul dan pelbagai lagi.

Ini akan menyebabkan anda mempunyai sakit tumit atau dikenali sebagai heel spur dan dinasihatkan untuk rujuk pakar jika anda mempunyai masalah ini.

2. Ketuat

Ketuat di tapak kaki yang boleh menyebabkan anda tidak selesa semasa berjalan. Ia disebabkan oleh tekanan dari aktiviti sukan atau berjalan.

Ia akan menyebabkan munculnya bintik-bintik hitam di atas kulit anda.

Anda disarankan untuk memakai kasut terbuka seperti sandal terutamanya jika pergi tempat yang basah kerana ia merupakan tempat yang risiko.

3. Sakit Stone Bruise

Sakit tapak kaki seterusnya adalah sakit stone bruise yang juga dikenali sebagai metatarsalgia. Ia boleh berlaku jika anda memakai kasut yang tidak sesuai.

Ini kerana tidak semua orang sesuai dengan semua kasut kerana terdapat jenis-jenis kaki. Oleh itu, anda perlu memastikan kasut yang anda pakai sesuai untuk anda.

Jika tidak, ia boleh boleh menyebabkan kaki anda terasa kebas dan seperti memijak batu. 

Anda disarankan untuk merawat dengan segera kerana ia boleh menyebabkan masalah yang lebih besar.

4. Fasciitis Plantar

Sakit tapak kaki seterusnya adalah fasciitis plantar yang menyebabkan bahagian tengah tapak kaki anda berasa sakit.

Ini disebabkan oleh inflamasi yang berlaku di ligamen yang menghubungkan tumit dengan jari kaki anda. Ia merupakan satu sakit yang serius jika tidak dirawat.

Anda boleh hubungi doktor jika rasa susah untuk berjalan atau melakukan aktiviti harian.

5. Kematu

Tahukah anda, kematu juga boleh berlaku di tapak kaki anda! Ia biasanya berlaku disebabkan faktor seperti kasut tidak sesuai atau hammer toe.

Biasanya ia tidak sakit tetapi boleh membesar jika tidak dirawat. Anda boleh letakkan plaster untuk kurangkan tekanan atau mengurangkan sakit.

Namun, jika ia sudah besar dan menyebabkan masalah, doktor mungkin akan menyuruh anda untuk melakukan pembedahan untuk membuangnya.

6. Kaki Atlet

Seterusnya adalah jangkitan kulit yang bahaya kerana boleh merebak ke kaki dan tangan dan berjangkit. Terdapat beberapa tempat risiko untuk anda mendapatnya.

Antaranya adalah sekolah, kolam renang dan gym yang mempunyai kuman. Jika anda terkena, letakkan ubat anti kulat sebagai rawatan di rumah.

7. Lepuh

Lepuh ini adalah jenis sakit apabila gelembung cecair akan terbentuk pada kaki anda. Ia boleh disebabkan oleh kaki berpeluh atau kasut yang tidak sesuai.

Anda boleh membiarkan ia sembuh secara semula jadi dan boleh merawat di rumah sahaja.

Letakkan pembalut di atasnya dan pastikan ia kering.

Artikel berkaitan

Sakit Tapak Kaki: Alamak, Apa Kena Buat?

Punca Terjadinya Sakit Tapak Kaki

sakit tapak kaki

Seperti yang kami telah menerangkan, terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan anda sakit tapak kaki.

Satu sebab yang sangat biasa tetapi masih tidak diketahui oleh ramai orang adalah pemakaian kasut yang tidak sesuai.

Selain dari saiz kasut, anda juga perlu tahu jenis kaki anda supaya kasut yang dibeli adalah sesuai.

Ini kerana jenis kasut yang tidak sesuai boleh menghasilkan tekanan yang tidak sama rata dan boleh menyebabkan anda mengalami sakit tapak kaki yang kami menerangkan di atas.

Kasut tumit atau high heels juga boleh menyebabkan masalah sakit kaki. Oleh itu, jangan kerap pakai kasut ini kerana tidak bagus untuk kaki anda.

Gaya hidup yang selalu bersukan juga boleh menyebabkan berlakunya sakit tapak kaki. Ini kerana tekanan sentiasa dihasilkan di atas kaki anda.

Jika tidak dijaga dengan baik, ia boleh membawa risiko untuk anda mengalami sakit ini.

Anda boleh dapatkan konsultasi bersama pakar untuk nasihat mereka mengenai cara untuk mengelakkan masalah ini berlaku dengan kerap.

Kesimpulannya, sakit tapak kaki adalah satu perkara yang biasa dialami dan perlu diambil dengan berat kerana boleh menyebabkan masalah kesihatan lain.

Dapatkan Rawatan Sakit Tapak Kaki Berhampiran Anda!

Jika anda mencari pusat rawatan untuk sakit tapak kaki, anda boleh mencuba Physiogo!

Physiogo merupakan pusat rawatan yang diiktiraf yang mempunyai kepakaran ahli fisioterapi yang bertauliah.

Kami; ahli fisioterapi di Physiogo akan melakukan penilaian pada kaki anda, membantu melegakan sakit, meningkatkan fleksibiliti dan kekuatan otot.

physiogo

Rawatan fisioterapi boleh terdiri daripada rawatan ais atau haba, elektroterapi, urutan tisu lembut, taping, mobilisasi sendi otot dan senaman.

Kami juga akan memberikan nasihat dan didikan yang terperinci dan khusus bagi kesakitan yang anda hadapi.

Senaman yang akan dilakukan semasa sesi fisioterapi juga boleh membantu meningkatkan keseimbangan, kekuatan dan fleksibiliti.

Kalau anda mempunyai masalah sakit di bahagian tapak kaki seperti pada tumit anda, dapatkanlah rawatan dengan segera.

Yang paling penting, dapatkan rawatan dengan Physiogo!

physiogo

Selain dari sakit tapak kaki, kami juga boleh membantu melegakan sakit belakang, sakit leher, sakit bahu, sakit lutut, sakit pinggang dan kecederaan akibat sukan.

Semua teknik rawatan Physiogo berasaskan daripada kajian ilmuah yang diperakui oleh saintis dan dibuktikan secara klinikal.

Seperti teknik rawatan di PhysioGo, juruterapi PhysioGo semuanya berkelulusan dan berkelayakan memberikan rawatan kepada pesakit.

PhysioGo menawarkan waktu rawatan yang fleksibel di mana anda boleh pilih untuk dapatkan rawatan sama ada jam 9 pagi hingga 9 malam setiap hari.

Pusat rawatan PhysioGo adalah amat mesra pelanggan! Mereka menyediakan ruang khas untuk setiap pelanggan yang hadir untuk mendapatkan rawatan.

PhysioGo turut mengutamakan keselesaan pesakit dengan menawarkan juruterapi khusus untuk lelaki dan wanita.

Kami turut menyediakan senarai cawangan dan pautan WhatsApp agar anda dapat hubungi kami dengan lebih cepat: 

      1. Physiogo Bangi (Ostia)
      2. Physiogo Wangsa Maju
      3. Physiogo Shah Alam (Alam Avenue)
      4. Physiogo Sentul
      5. Physiogo Ampang
      6. Physiogo Puncak Alam

    PhysioGo juga sedia menerima tempahan untuk melakukan rawatan fisioterapi di rumah anda!

    Tunggu apa lagi?

    More To Explore

    šŸ’¬ Need help?
    Scan the code