Tidak dinafikan pada arus masa kemodenan ini semakin ramai orang yang membuat rawatan fisioterapi.
Majoriti daripada mereka adalah pekerja pejabat dan warga emas.
Hal ini disebabkan kedua-duanya banyak menghabiskan masa dengan membuat aktiviti fizikal, sama ada kekal di posisi yang sama untuk tempoh masa yang panjang ataupun melakukan aktiviti yang berat.
Salah satu punca lain yang menyebabkan mereka berasa sakit atau lenguh pada badan adalah disebabkan teknik yang salah.
Oleh sebab itu, jika anda tergolong dalam kumpulan ini, anda perlu lebih berhati-hati.
Dalam artikel ini kami akan menerangkan info-info penting seperti teknik yang betul apabila anda membuat kerja-kerja di pejabat atau rumah.
Dan, kami juga akan berkongsi dengan anda cawangan fisioterapi Physiogo yang berdekatan dengan anda.
Teruskan membaca.
Teknik Betul Bekerja Di Pejabat
Sekiranya anda seorang pekerja pejabat, anda pasti sudah terbiasa kekal di posisi duduk yang sama sambil menghadap laptop.
Perbuatan ini biasanya akan berkekalan sehingga 4-5 jam sebelum anda berehat pada waktu tengahari.
Tahukah anda bahawa tindakan ini amat bahaya kepada kesihatan tubuh badan dan penglihatan?
Berikut merupakan antara kesan buruk jika anda berterusan berbuat demikian:
- Posisi tubuh badan anda akan terganggu.
- Terdapat beberapa bahagian anggota badan akan berasa lenguh seperti leher, pergelangan tangan, pinggang dan sebagainya.
- Penglihatan mata anda semakin merosot.
- Anda akan berasa lebih penat setelah tamat waktu bekerja.
Jadi, apa yang anda perlu lakukan ketika bekerja di pejabat?
1. Pastikan alat peranti laptop berada di eye-level
Jika laptop anda tidak berada pada eye-level yang tepat, ini boleh menyebabkan leher anda berasa lenguh.
Ini berpunca apabila anda menghadap laptop sambil menundukkan kepala sedikit bagi melihat skrin.
Bagi mengurangkan rasa lenguh atau sakit pada leher, anda boleh menggunakan laptop stand bagi mendapatkan kedudukan laptop yang bersesuaian dengan tahap mata anda.
2. Pastikan kedudukan duduk yang betul
Kebanyakkan pekerja pejabat sering mengabaikan kepentingan posisi duduk yang betul.
Jangan begitu.
Posisi duduk secara slouching akan menyebabkan anggota badan seperti leher dan tulang belakang berasa lenguh.
Bagi mengelakkan kejadian ini bertambah lebih teruk, anda dinasihatkan untuk pastikan alat peranti anda berada pada eye-level.
Jikalau anda berbuat demikian, anda akan duduk dalam keadaan yang tegak.
Dengan ini, posisi badan anda bukan sahaja terjaga, malah anda akan berasa lebih fokus ketika membuat kerja.
3. Rehat selama 10 minit
Jangan lupa untuk berehat seketika setelah anda melakukan kerja selama sejam. Tidak salah jika anda berehat 10 minit.
Ketika anda berehat itu, anda boleh lakukan sedikit regangan bagi mengelakkan leher, bahu, dan tulang belakang terasa lenguh.
Selain itu, anda juga boleh mengambil air di pantry supaya anda terasa lebih segar.
Teknik Betul Buat Kerja Rumah
Sama ada warga emas mahupun suri rumah, anda pun tidak terkecuali daripada menghidap masalah fizikal.
Membuat kerja-kerja rumah seperti mengubah suai kedudukan perabot dan mengangkat barang-barang yang berat boleh menyebabkan posisi tubuh badan terganggu.
Jadi, berikut merupakan teknik yang betul ketika anda membuat kerja-kerja rumah:
1. Pastikan keadaan sekeliling anda selamat
Seandainya anda ingin mengangkat suatu barang yang berat, anda perlukan pastikan keadaan sekeliling anda selamat daripada:
- Barang-barang yang tajam dan berbahaya.
- Alat mainan (jika anda mempunyai kanak-kanak kecil di rumah).
- Perabot yang keras contohnya meja.
Tindakan ini bertujuan untuk memastikan keselamatan anda agar anda tidak tercedera ketika mengangkat barang.
2. Sokongan yang kuat
Apabila anda ingin mengangkat dan memindahkan barang yang berat, pastikan anda berada dalam keadaan kneeling.
Kemudian, letakkan satu kaki di hadapan sebelum mengangkat barang tersebut.
Anda boleh meletakkannya di atas lutut terlebih dahulu sebelum mengangkatnya.
Langkah ini bertujuan untuk memastikan anda bersedia di samping mengelakkan anda daripada hilang keseimbangan badan.
3. Elakkan dari menahan nafas
Apabila anda sudah menampung beban tersebut, anda tidak digalakkan untuk menahan nafas.
Jika anda berbuat demikian, ia boleh menyebabkan anda berasa lebih cepat mengah dan sistem pergerakan badan jadi terbatas.
4. Jangan twist badan jika ingin menukar arah
Ini merupakan salah satu teknik yang sering diabaikan oleh ramai orang.
Misalnya anda ingin menukar arah jalan ketika mengangkat barang, anda perlu menggunakan kaki.
Elakkan daripada terus twist tubuh badan anda kerana ia boleh menyebabkan anda hilang keseimbangan dan tercedera.
5. Jangan duduk atau berdiri terlalu lama
Buat suri rumah yang sering membuat kerja-kerja dapur dalam keadaan berdiri atau duduk, elakkan dari berbuat demikian untuk jangka masa yang lama.
Jika anda berterusan melakukan kerja-kerja rumah dalam keadaan sebegitu, anda akan mengalami sakit belakang.
Info tambahan
Rawatan Fisioterapi Di Physiogo
Buat anda atau mempunyai orang terdekat yang mengalami masalah fizikal, anda boleh mendapatkan rawatan fisioterapi bersama kami di Physiogo.
Kami, ahli terapi di Physiogo menyediakan rawatan seperti berikut:
- Sakit belakang
- Masalah sakit bahu
- Sakit leher/ tengkuk
- Kecederaan sukan
- Strok (angin ahmar)
Kami sudah berkecimpung dalam dunia fisioterapi sejak tahun 2016.
Dengan berbekalkan pengetahuan dalam bidang fisioterapi, kami bersedia untuk membantu pesakit-pesakit bagi mengurangkan masalah yang dihadapi.
Berikut merupakan info pusat fisioterapi yang lebih lanjut:
- Mengamalkan sesi rawatan secara berasingan mengikut jantina.
(Ahli terapi Physiogo sedang menjalankan konsultasi bersama pesakit wanita).
(Ahli terapi Physiogo sedang menjalankan konsultasi bersama pesakit lelaki).
- Beroperasi selama 7 hari
- Mengamalkan teknik rawatan yang bersesuaian dengan masalah yang dihadapi oleh pesakit seperti manual, heat & electro, dan exercise
(Rawatan fisioterapi menggunakan heat & electro therapy)
(Rawatan fisioterapi secara manual therapy)
(Rawatan fisioterapi secara exercise therapy)
- Kelengkapan alat rawatan yang mencukupi.
- Bilik rawatan yang selesa.
- Pusat rawatan kami merupakan panel PMCare. Anda tidak perlu mengeluarkan kos yang banyak ketika mendapatkan rawatan bersama kami.
Berikut adalah lokasi pusat rawatan fisioterapi kami di sekitar Semenanjung Malaysia.
- Bangi (Ostia)
- Wangsa Maju
- Shah Alam (Alam Revenue)
- Sentul
- Ampang
- Puncak Alam
Bagi mendapatkan lokasi penuh dan contact number mengikut setiap cawangan di atas, anda boleh dapatkannya di sini.
Ataupun, anda boleh membuat janji temu (booking) bersama kami dengan klik pada pautan biru di bawah ini sekarang!