Mesti ramai yang ingat rawatan fisioterapi ni hanya untuk atlet atau orang yang sakit kronik sahaja, kan?
Silap! Tak perlu tunggu sampai cedera teruk, fisioterapi juga boleh dimanfaatkan untuk meningkatkan kesihatan anda.
Biasanya kalau sakit-sakit, ramai yang akan makan ubat penahan sakit dan terus abaikan sakit tersebut.
Tetapi ada beberapa jenis kesakitan atau keterhadan pergerakan yang memerlukan penilaian dan rawatan fisioterapi.
Jom kami kongsikan macam mana anda nak tahu jika anda perlukan rawatan fisioterapi dan di mana anda boleh dapatkan rawatan fisioterapi yang terbaik.
Tanda Anda Perlu ke Pusat Fisioterapi
1. Badan Kurang Stabil
Tahukah anda, keseimbangan bukan hanya berkait dengan masalah pada kaki atau punggung tetapi berkaitan dengan telinga.
Kedengaran pelik tetapi terdapat satu struktur di dalam telinga yang digelar sistem vestibular terlibat dalam menyeimbangkan badan.
Jika sistem ini terjejas, anda akan mula melihat gejala seperti ketidakseimbangan, pening dan mungkin juga vertigo.
Vertigo merupakan sensasi bahawa anda, atau persekitaran di sekeliling anda, bergerak atau berputar.
Kadangkala ianya tidak ketara, tetapi ada juga yang teruk sehingga sukar untuk mengekalkan keseimbangan anda dan melakukan tugas harian.
Penilaian oleh ahli fisioterapi boleh memastikan penyebab ketidakseimbangan dan dapatkan rawatan yang tepat untuk masalah anda.
2. Sakit Apabila Duduk Lama
Kebanyakan pekerjaan kini memerlukan anda menghabiskan masa yang lama di hadapan komputer dan menyebabkan badan rasa kebas, kaku dan keras.
Ditambah dengan postur tubuh yang buruk, ia boleh menyebabkan masalah ketegangan otot, sakit belakang dan sakit sendi berpanjangan.
Jika rutin ini diulang dalam jangka masa yang panjang, lebih banyak masalah yang akan timbul.
Kunjungi pusat rawatan fisioterapi untuk dapatkan nasihat, rawatan dan pengurusan postur agar dapat mengurangkan risiko kecederaan yang lebih teruk.
3. Kesakitan Berterusan
Apabila anda mengalami sebarang kecederaan, ada kalanya kesakitan itu akan pulih setelah kecederaan telah sembuh.
Namun, terdapat juga kes di mana kesakitan berterusan malah ada yang menjadi lebih kronik.
Ahli fisioterapi mampu membantu menilai punca masalah dan menyediakan rawatan fisioterapi yang boleh mencegah daripada kesakitan berulang.
4. Fungsi Pergerakan Merudum
Tidak kira gaya hidup anda, anda akan dapat menyedari jika terdapat sebarang perubahan pada fungsi tubuh.
Contohnya, sebelum ini anda mampu menyentuh jari kaki anda tetapi kini tidak lagi mampu berbuat demikian, rawatan fisioterapi boleh membantu anda.
Rawatan fisioterapi boleh membimbing anda melalui latihan meningkatkan fleksibiliti dan pergerakan.
5. Membuang Air Kecil Tidak Terkawal
Inkontinensia kencing atau urinary incontinence (membuang air kecil yang tidak terkawal) sering berlaku dan merupakan satu penyakit yang memerlukan fisioterapi.
Wanita mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidapi penyakit ini berbanding lelaki dan ia mampu menjadi lebih kronik apabila meningkat usia.
Rawatan fisioterapi yang boleh anda dapatkan adalah latihan lantai pelvik yang dapat membantu memperbaiki kondisi kesihatan ini.
Jika masalah ini berlaku secara tiba-tiba dan terutamanya jika anda mengalami sakit tulang belakang atau saraf kaki, dapatkan nasihat pakar perubatan segera.
Baca Juga:
Fakta Fisioterapi yang Anda Mungkin Tak Tahu
1. Bukan Sekadar Senaman
Fisioterapi secara umumnya bermaksud kaedah pemulihan bahagian tertentu anggota badan untuk mengembalikan dan memastikan fungsi fizikal berfungsi dengan sebaik mungkin.
Antara bahagian rawatan fisioterapi adalah terapi otot dan tulang, jantung dan paru-paru, kecederaan sukan, kanak-kanak, saraf wanita dan warga emas.
Rawatan fisioterapi bersifat menyeluruh bagi meningkatkan tahap kesihatan anda.
2. Dilakukan Ahli Terapi Bertauliah
Fisioterapi ini bukan seperti urutan biasa yang anda boleh lakukan sendiri.
Rawatan fisioterapi adalah unik dan layak dilakukan oleh ahli terapi yang bertauliah sahaja.
Tugas ahli fisioterapi tidak terhad kepada membantu pesakit melakukan senaman sahaja tetapi juga membantu doktor mendiagnosis penyakit dan merancang program berkesan.
Selain itu, ahli terapi juga bertugas mengajar pesakit tentang senaman yang perlu dilakukan di rumah serta melakukan rawatan sejuk, haba dan elektrik.
3. Teknik ‘Hands-on’
Salah satu teknik pemulihan yang diamalkan oleh ahli terapi adalah teknik manual technique physiotherapy atau ‘hands-on’.
Ianya banyak digunakan di kebanyakan pusat fisioterapi di Malaysia.
Teknik ini melibatkan sentuhan tangan di mana ahli terapi akan menyentuh dan ‘menguli’ bahagian yang terlibat untuk mengurangkan kesakitan dan mempercepatkan proses penyembuhan.
4. Rawatan di Rumah
Kebanyakan pusat fisioterapi menawarkan kemudahan rawatan di rumah pesakit.
Kemudahan ini bermanfaat bagi pesakit yang dalam kalangan warga tua dan pesakit yang terlantar di katil.
Ahli terapi akan membawa peralatan rawatan dan alat senaman seperti portable ultrasound, gym ball, static bicycle dan lain-lain untuk merawat pesakit.
Jika anda mempunyai tanda-tanda seperti yang dalam artikel ini atau ingin meningkatkan tahap kesihatan anda, dapatkanlah rawatan fisioterapi dengan PhysioGo.
Rawatan fisioterapi di PhysioGo merupakan salah satu pilihan yang terbaik jika anda ingin dapatkan rawatan A+.
PhysioGo bersedia membantu anda yang mengalami sakit belakang, sakit leher, sakit bahu, sakit lutut, sakit pinggang dan kecederaan akibat sukan.
Semua teknik rawatan Physiogo berasaskan daripada kajian ilmuah yang diperakui oleh saintis dan dibuktikan secara klinikal.
Seperti teknik rawatan di PhysioGo, juruterapi PhysioGo semuanya berkelulusan dan berkelayakan memberikan rawatan kepada pesakit.
PhysioGo menawarkan waktu rawatan yang fleksibel di mana anda boleh pilih untuk dapatkan rawatan sama ada jam 9 pagi hingga 9 malam setiap hari.
Pusat rawatan PhysioGo adalah amat mesra pelanggan! Mereka menyediakan ruang khas untuk setiap pelanggan yang hadir untuk mendapatkan rawatan.
PhysioGo turut mengutamakan keselesaan pesakit dengan menawarkan juruterapi khusus untuk lelaki dan wanita.
PhysioGo juga sedia menerima tempahan untuk melakukan rawatan fisioterapi di rumah anda!
Tunggu apa lagi?