5 Punca Sakit Tulang Belakang di Tempat Kerja

tulang belakang

Share This Post

Kalau dah penat dan khusyuk bekerja, mesti rasa sakit pada bahagian belakang dan bahu. Tapi, ia juga tanda yang anda tidak melakukan kerja dengan postur yang betul semasa di ruang kerja.

Sekurang-kurangnya 20 peratus orang dewasa mengadu bahawa mereka menderita sakit belakang dalam masa setahun.

Tidak kira apa jenis sakit belakang, ia boleh menyebabkan kualiti kerja seharian anda terganggu.

Di sini, kami ingin berkongsikan kepada anda punca dan cara efektif untuk merawat sakit tulang belakang yang anda alami. Teruskan pembacaan anda!

Punca Sakit Tulang Belakang

tulang belakang

Mari ketahui lebih mendalam punca-punca anda alami sakit tulang belakang.

1. Sakit Sendi

Semakin anda berusia, struktur kawasan sendi semakin merosot dan tidak dapat berfungsi dengan baik.

Sebab inilah yang menyebabkan anda berasa sakit pinggang kerana kekurangan ruang untuk tulang bergesel antara satu sama lain.

Ia boleh terjadi pada bahagian lain seperti kawasan bahu, siku lutut dan pergelangan tangan.

2. Berat Badan

Lazim diingatkan bahawa individu yang mengalami berat badan berlebihan cenderung untuk mempunyai masalah sakit belakang.

Hal ini kerana, tulang belakang sedang menampung berat badan yang dialami.

3. Umur

Umur juga memainkan peranan penting dalam memastikan kesihatan dan kecergasan seseorang.

Ketika anda dalam lingkungan umur 30 hingga 40, sakit belakang yang dihadapi akan menunjukkan tanda yang ketara.

4. Kerap Membongkok

sakit tulang belakang

Membongkok merupakan perkara yang anda lakukan ketika sedang membuat kerja, tidak lupa ketika menggunakan telefon bimbit.

Awas, jika anda kekal membuat sedemikian dan tidak membetulkan postur badan yang betul, tubuh anda akan senang sakit pinggang.

5. Pengguna Tegar Kasut Tumit Tinggi

tulang belakang

Pakai kasut tumit tinggi semestinya cantik dan memberikan keyakinan, tapi ada kesannya iaitu sakit belakang.

Ia memberi kesan kerana kasut tumit tinggi tidak memberikan sokongan penuh pada bahagian kaki dan ketegangan otot di bahagian belakang, kaki dan leher.

Maka, lebih baik anda tukar kasut yang lebih sesuai untuk kegunaan seharian.

Baca Juga;

Rawat Masalah Sakit Belakang Dengan Rawatan Fisioterapi Panel PMCare, Physiogo

Cara Merawat Sakit Pinggang & Senaman Di Tempat Kerja

sakit pinggang

Sekarang, banyak jenis pekerjaan yang memerlukan anda bekerja dengan lama seperti kerja-kerja di pejabat, jururawat, di tapak pembinaan dan kilang.

Tidak dilupakan, sekarang senang untuk dapat sakit pinggang sebab bawa beg berat dan duduk lama di tempat kerja dan kenderaan pengangkutan.

●   Tukar Posisi Setiap 10-15 minit

Menurut pakar, individu digalakkan untuk sentiasa tukar posisi kedudukan setiap 10-15 minit untuk memberi regangan pada otot anda.

Perkara ini penting terutamanya bagi individu yang kerap menghadap laptop untuk jangka masa yang lama di pejabat mahupun di rumah. 

Anda dinasihatkan untuk memastikan posisi lutut dan badan berada pada sudut 90 darjah semasa duduk di atas kerusi.

●     Kerap Bergerak

Untuk mengelakkan rasa sakit pinggang, anda perlu sentiasa bergerak dari tempat duduk. Kerap bergerak ini memberi makna bergerak ke pantri atau dokumen

Sebagai contoh, anda boleh bergerak untuk mengambil air di pantri, mengambil dokumen dan menaiki tangga di pejabat.

●   Tidur dengan Posisi Yang Betul

tulang belakang

Tahukah anda, mendapat tidur yang cukup dengan posisi yang betul adalah penting untuk menjaga tulang belakang anda.

skoliosis

Sebagai permulaan, ubah posisi tidur yang betul dengan:

  • Tidur mengiring dengan meletakkan bantal di antara kedua-dua lutut.
  • Tidur dalam keadaan baring, dan letakkan bantal di bawah lutut.
  • Jangan tidur dalam keadaan meniarap.
  • Gunakan bantal yang selesa dan lembut.

●  Senaman Bernafas

senaman bernafas

Mudah saja, anda perlu bernafas sebanyak mungkin dan tahan nafas seketika sebelum melepaskannya.

Ia membantu untuk menyegarkan minda dan membetulkan postur tubuh badan anda.

Jika anda sudah melakukan semua perkara di atas, anda boleh juga lakukan regangan di bawah.

Antara senaman/regangan ringkas yang boleh dilakukan

1.  Child’s Pose

renggangkan badan

Postur ini salah satu resting pose yang bagus untuk merenggangkan keseluruhan badan anda. 

2.  Hanging

sakit tulang belakang

Sebelum lakukan aktiviti ini, pastikan menggunakan alat yang kukuh seperti monkey bars. Anda hanya perlu menggantungkan badan anda selama mana yang anda selesa.

Ia bertujuan meredakan sakit belakang dan tekanan yang ada serta mengelakkan kecederaan menjadi lebih teruk berlaku.

3.  Cat Cow Pose

cat cow pose

Posisi ini bertujuan untuk menyeragamkan pernafasan, memberikan situasi relaxing dan menghilangkan stress kepada individu.

●   Rawatan Fisioterapi

rawatan fisioterapi

Anda boleh juga dapatkan khidmat fisioterapi bagi keberkesanan yang baik. Rawatan akan diberikan untuk meredakan kesakitan seperti menggunakan rawatan haba, ais, ultrasound dan elektrik.

Konsultasi bersama ahli fisioterapi di Physiogo membantu anda menjaga postur badan dengan betul dan melegakan kesakitan yang anda hadapi.

Jagalah postur badan anda dengan sebaik mungkin kerana ia tunjang utama untuk anda bergerak dengan lebih yakin.

Jika diabaikan, ia akan menjadi lebih teruk seperti perubahan simetri tubuh dan postur iaitu skoliosis. Lakukan senaman ringkas bagi membendung sakit tulang belakang berlaku.

More To Explore

Sakit Sendi: Kenali Tanda & Gejala Arthritis

Sakit sendi dan arthritis berkait rapat kerana arthritis merupakan satu jenis penyakit yang menyebabkan keradangan pada sendi-sendi. Apabila seseorang mengalami arthritis, biasanya mereka akan mengalami

💬 Need help?
Scan the code